Wednesday, December 22, 2010

Tips Berguna Buat Penasyid: Mencipta Lagu.

1- Sebagai performer selalunya akan ada satu masa detikan didalam hati untuk mencuba kreativiti sendiri. Setiap penyanyi nasyid atau bukan nasyid pasti ada menyimpan impian untuk mempersembahkan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri. Bagaimanakah proses untuk membuat lagu?


2- Secara asasnya struktur sebuah lagu yang sempurna boleh dibahagikan kepada dua bahan yang utama iaitu melodi dan senikata. Tanpa salah satu daripada dua elemen ini, sesebuah lagu itu tidak boleh dianggap sebagai lengkap. Elemen ketiga yang tidak kurang pentingnya adalah gubahan muzik walaupun ketiadaan elemen ketiga ini tidak lah mencacatkan kesempurnaan sesebuah lagu itu kerana sesebuah lagu itu masih lagi boleh dinyanyikan tanpa iringan muzik iaitu nyanyian secara acappella.
3- Melodi merupakan elemen yang paling penting didalam sebuah lagu. Melodi adalah pergerakan nota muzik. Anda mungkin sudah biasa mendengar nota nota asas ini. Do Re Mi Fa So La  dan Ti. Ini adalah nota-nota yang paling asas dan sekiranya anda belajar dengan lebih dalam anda akan dapati nota-nota muzik tidak terhad kepada tujuh nota utama itu sahaja.
4- Lirik atau senikata pula penting dari segi isi sesebuah lagu. Sekiranya anda merupakan penyanyi nasyid maka sudah pasti lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan, spiritual, keagamaan, positiviti dan sebagainya akan menjadi pilihan. Melalui lirik seorang penyanyi akan meluahkan perasaan, memberi nasihat, bercerita dan sebagainya.

5- Gubahan muzik pula adalah apa yang dinamakan sebagai muzik iringan. Pelbagai alat muzik boleh digunakan untuk sesuatu gubahan muzik, sebagai contohnya alat muzik seperti gitar, gitar bass dan drum merupakan alat muzik yang paling asas yang sering digunakan didalam gubahan sesebuah muzik. Fungsi muzik adalah sebagai iringan kepada melodi dan lirik.

6- Apa yang perlu ada didalam sesebuah lagu? Secara asasnya sebuah lagu akan mempunyai permulaan, verse, pre chorus, chorus, bridge dan pengakhiran. Itu adalah binaan yang paling asas sesebuah lagu. Cuba ambil sesebuah lagu dan cuba amati struktur lagu tersebut. Saya akan terangkan maksud setiap kandungan sesebuah lagu tersebut untuk anda di entri yang akan datang.  

No comments:

Post a Comment

Followers