Friday, December 24, 2010

Nasyid Cafe: Lagu-Lagu Nasyid Yang Memualkan.

1- Hari ini industri nasyid agak kebanjiran dengan lagu-lagu nasyid cinta yang mempromosikan hubungan lelaki dan wanita (cara islam?). Kumpulan-kumpulan nasyid baru hari ini berlumba-lumba untuk mencipta dan menerbitkan lagu-lagu cinta seperti ini. Samada ini sesuatu yang baik atau tidak, anda nilaikanlah sendiri. Sekiranya perkembangan sebegini anda kira sebagai sesuatu yang baik buat industri hiburan islami, maka terpulanglah kepada anda.


2- Dari mana ia datang dan bagaimana ia bermula? Saya kira seperti yang diketahui umum, kumpulan-kumpulan nasyid era nada murni atau the zikr ataupun era awal Raihan, Rabbani dan Hijjaz, kita tidak disogokkan dengan lagu-lagu pop berunsurkan cinta. Kesemua kumpulan-kumpulan awal ini lebih senang dengan mesej berbentuk ketuhanan dan perkara-perkara asas didalam islam.

3- Nasyid bertemakan cinta wanita bermula dan mencetuskan fenomena dengan lagu Kasih Kekasih nyanyian kumpulan Inteam. Lagu Kasih Kekasih, ciptaan Isman Hijjaz dan liriknya oleh Ito Lara dan Isman Hijjaz. yang juga merupakan single daripada album pertama mereka mencetus gelombang baru dalam dunia nasyid. Dengan bait-bait rayuan rindu rawan seperti:

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih 

4- Ia sememangnya mengundang kemusykilan dan kontroversi. Walau bagaimana pun kita tidak boleh menafikan impak daripada populariti lagu ini dan kumpulan Inteam itu sendiri yang pada masa itu terdiri daripada 4 pemuda yang kacak dan segak, penuntut-penuntut daripada sebuah universiti islam yang terkemuka, menyebabkan ramai peminat muzik mula berjinak-jinak dengan nasyid versi baru ini. Ianya seperti sebuah lagu Siti Nurhaliza atau Misha Omar tetapi dengan lirik yang lebih islamik. Pasti halal.

Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...

Insya Allah.

5- Selepas Inteam menempa nama dan menerbitkan beberapa buah album yang dipenuhi Kasih, muncul pula anak didik kedua kumpulan Hijjaz iaitu UNIC yang popular dengan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dengan lirik rayu rindu rawan islamik seperti:

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku.

6- Fenomena tercetus lagi. Lagu lagu nasyid cinta yang islamik mula menerobos ke corong-corong radio dan menangkap ke telinga pendengar-pendengar, pemuda-pemudi pembela kumpulan nasyid seperti yang ada sekarang. Walaupun bermula meniti populariti dengan lagu-lagu sebegitu, syabas saya ucapkan kepada kedua dua kumpulan yang sudah tidak lagi memfokuskan kepada lagu-lagu bertemakan cinta wanita sebegitu.

7- Tetapi ianya sudah terlambat, formula lagu cinta wanita dan kekasih hati yang dirindui sudah mekar didalam industri. Hampir kesemua kumpulan-kumpulan yang lebih baru tampil dengan lagu-lagu bertemakan cinta rindu dendam yang tulus lagi mulus kepada kekasih hati tetapi dengan sedikit twist; ianya berlandaskan syariat dan hukum Allah. Ianya menjadi satu trend dan kegilaan yang tidak lagi mampu dibendung. Ianya menular. Kini popular adalah nasyid-nasyid yang berlirik seperti ini:

Ooo kekasih hati,
Betapa rindu mencengkam,
Ku tahu kau tidak sabar ooo sayang
Kerana aku pun tidak sabar
Untuk menikah dengan mu,
dihadapan Imam dan Qadhi,
Berlandaskan syariat dan Addin.
Oooo sayangku

8- Ya, selalunya didalam sebuah album hanya satu dua sahaja lagu cinta islami ini dan kebanyakan lagu-lagu lain yang terkandung didalam album-album mereka masih bersih dan suci daripada tema nafsu serakah cinta yang berlandaskan agama ini, tetapi populariti lagu-lagu cinta ini selalunya jauh meninggalkan lagu-lagu berbentuk ketuhanan. Cinta manusia nampaknya lebih popular.

9- Suka saya memetik pendapat daripada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman didalam laman webnya apabila ditanya oleh saudara Azalinor (Ye, Azalinor dari kumpulan Saujana) tentang isu ini:
"Hujjah mendendangkan lagu sebegitu bagi menyediakan alternatif cinta hitam dan maksiat dendangan penanyi biasa juga tidak dapat terima, kerana ia tetap boleh membawa kesan buruk yang serupa bagi pendengar. Hujjah bahawa lirik lagu cinta Islamik itu mengajak kepada cinta yang tulus dan bersih juga sukar bagi saya. Menurut penilaian saya, segala nasihat-nasihat yang disebut di dalam nasyid cinta akan menenggelamkan pendengar yang sedang berkasih dek keasyikan dendangannya, malah ia lebih mendorong kepada keasyikan yang lebih membuta dan memekakkan mereka dari segala nasihat. Tatkala itu, tiada perlu nasyid disediakan bagi golongan ini kerana ia tetap negatif secara umumnya dan mudarat melebihi manfaat. Kaedah fiqhi menyebut " menolak mudarat melebihi target mencapai manfaat"

9- Anda mempunyai pendapat yang berbeza? Sila kongsi pendapat anda di ruangan komentar. 

14 comments:

  1. salam alaikum.......

    nampaknya inilah realiti skrg ye....
    mggunakan agama untk tujuan duniawi.... tp saya x kata smua org mcm ni..

    masing2 ada niat dan matlamat sndiri.. dan saya hanya mbuat pnilaian ini bdasarkn apa y saya nmpk... mana tidaknya, kalo lagu2 spt ni didendangkan dah pasti ramai anak2 muda bleh mnjadi follower kan... jd cpat kaya dan btambah 'fofular'... (agaknye la)..

    sbb tu saya rasa kalo btul la pnasyid skrg ni especially y baru2 nak bnasyid ni.. carilah pnasihat@mentor y boleh mberi nasihat khusus ttg kerjaya ni... kalo takat ajar nak cari untg @ kejar populariti.. x payah la... saya yakin.. di malaysia ni ramai pnasyid2 senior y bleh beri panduan...

    bro benign pun leh tlg senaraikan nama2 mentor2 y baik utk dijadikan sifu... kan2..jd dok merapu citer pasal cintan-cintun ni.. bek kita nyanyi pasal hal2 semasa, lg snang org nak ikot and snang nak terima mesej.... cthnya mcm kes org buang anak ke...x pon citer pasal sejarah M'sia ke.. ish mcm2 lg la.. ha!!.. x pon tlg saya buatkan lagu nasyid cemana nak hafal case2 law.. pning otak saya nak hafal ni.. mana la tau kot2 pas ni subjek law saya bleh dpt 'A'.. hehe...

    ok.. sekian terima kasih.. wassalam..

    ReplyDelete
  2. saya bersetujudgn penulis n saudari halima, mungkin cara penulisa lirik tu perlu di perbetulkan kot. x perlu nak tunjukkan sangat perasaan cinta antara gender tu.........

    cuba contohi lagu saat lafaz sakinah dari far east, amati lirik lagu ni.....

    saya pon x berani nak omen lebih2 sebab buka nyer pakar dalam bidang............

    wassalam

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana memberi pendapat

    ReplyDelete
  4. BERSEDIALAH UNTUK MENGHADAPI HUJAH PENULIS LIRIK NASYID..RATA - RTA MEREKA PUNYAI HUJAH SENDIRI...MEREKA BUKANLAH ORANG YANG SENGAL UNTUK MENULIS LIRIK...PASTINYA ADA HUJAH =)

    ReplyDelete
  5. JANGAN SOMBONG DENGAN MENGATAKAN DAH BERSEDIA..HAHAHAA

    ReplyDelete
  6. tak sombong pon. Dah memang bersedia. Takkan nak cakap tak bersedia. Itu menipu namanya. Tapi bukan ke awak yang suruh bersedia tadi?

    Kalau tak bersedia takdenya saya tulis artikel ni. Bila dah post entry tu maknanya dah bersedia lah tu. Ke boleh tangguh untuk saya bersedia dulu? Cop cop cop. Tak bersedia lagi. Haha. Anda di darjah berapa ni?

    ReplyDelete
  7. Well said Benign. Kita tengok jer la syakhsiah penasyid sekarang...siapa penerbit mereka...sudah bukan lagi susuk pendakwah tegar sekadar penyanyi dan individu yang memeriahkan industri dan opportunis business. Tapi adakah mereka bersalah? bagi saya tidak ada salahnya cuma saya xsuka
    Mereka sama seperti artis hero heroin cerita dakwah tapi tak menghayati cerita mereka sendiri diluar filem/drama. Termasuklah pengarah dan penerbitnya. Sekadar bikin filem untuk bisnies. cumanya penasyid ramai yang masih mahu berselindung dan bertopengkan nasyid dan lagu ketuhanan, sedangkan para pelakon professional mampu melakukan semua watak termasuk perogol, pelacur, ustaz, muslimat, isteri solehah atas alasan 'menuruti tuntutan skirp' dan 'mencari rezeki yang halal'
    Jangan jadi seperti yang Halimah kata 'menggunakan agama untuk tujuan duniawi' Panas! Panas! Huhu
    -Afif-

    ReplyDelete
  8. pendapat yang sangat menarik bro... saya suka analogi penasyid seperti hero dan heroin filem dakwah tu. brilliant.

    ReplyDelete
  9. Sudah bosan dgn lagu nasyid Malaysia yg banyak cintan-cintun ni.Harap ade kumpulan nasyid yg membawa lagu bertemakan semangat perjuangan spt Shoutul Amal dan Shoutul Harakah dr Indonesia.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.

    Rasanya sebelum menghukum lagu-lagu nasyid cinta ini kita kena kaji dahulu liriknya. Contohnya lagu Hanya Kau Yang Tahu dan Demi Cinta Suci nyanyian UNIC mesejnya cukup baik. Cuma kadang-kadang orang yang mendengar yang tak tahu atau tak mahu berfikir.

    MSH

    ReplyDelete
  11. memang di zaman sekarang ini sudah banyak yang memanfaatkan agama untuk urusan duniawi.

    yang penting isinya dapat kita ambil pelajaran jangan melihat dari siapa yang menciptakan lagunya,,

    ReplyDelete
  12. Shoutul Amal brasal dari Malaysia, manakal Shoutul Harakah asal dr Indonesia. hrp mklum

    ReplyDelete
  13. Saya setuju dengan pendapat yang menyatakan kebanyakan lagu nasyid sekarang dah hilang arah tuju...

    ReplyDelete

Followers