Tuesday, December 28, 2010

Nasyid Cafe: Nasyid Irama Second Class?

NASYID IRAMA SECOND CLASS???
Oleh Pito In Heart. 
[Rencana ini juga terdapat didalam Fanzine Nasyid pertama Malaysia; Love Fanzine]
Sampai bila kita nak dengar kenyataan longkang seperti di atas? Alangkah sedihnya bercampur geram melihat nasyid diratah dengan keji dalam perbualan ranking irama. Bagi aku, perkara ni bukanlah suatu dramatic, regid ataupun perang kosa kata tetapi kita perlu kaji sinonimnya. Letakkan tepi emosi anda , fokuskan mengapa perbualan sumbang ini timbul? Setelah membuat satu kajian rambang, rata – rata pelajar IPT , sekolah –sekolah agama, komuniti setempat dan minority penduduk kota masih mempunyai minat terhadap irama ini tetapi mengapa nasyid masih dikatakan muzik ‘’second class’’. Kita kaji dengan terperinci hal ini dengan mengupas satu makna di sebalik penyataan ini. Adakah iramanya, liriknya, muziknya ataupun imej dan cara pembawakan nasyid itu yang dikelaskan ‘’second class’’??? 




Nasyid pernah menjadi fenomena serantau menyelubungi negara-negara jiran terdekat, Indonesia, Brunei, Singapura apabila Raihan membuktikan kekuatan lirik-lirik dakwah, zikir dan Islamiah sehinggakan France turut mengundang mereka dalam sesuatu konsert ulung di sana. Jika diteliti sejarah revolusi muzik didunia, ia menjangkau suatu garis muzik yang halus dan penuh erti expressi. 

Pada umumnya muzik dilihat sebagai seni untuk hiburan, akan tetapi ia juga boleh dianggap suatu sains yang tersendiri, yang mempunyai mauduknya yang dibahaskan berpandukan kepada manhaj yang khusus baginya. Terdapat nukilan yang terkenal dari Hikayat Seribu Satu Malam: “Bagi sebahagian orang, muzik umpama makanan; bagi yang lain ia seumpama ubat; dan bagi yang lain pula ia umpama kipas.” Demikianlah kaum Muslimin menganggap muzik. Walaupun kaum Muslimin banyak meminjam dari teori muzik kaum Yunani purba, mereka juga telah menyumbang ke arah menyempurna dan seterusnya mengembangkan lagi sains ini sehingga membawa kepada perasaan sedemikian terhadap muzik. Sebab itulah Henry George Farmer mengatakan: “Anda boleh menelusuri keseluruhan kesusastraan Yunani dan tidak akan menemui perasaan sedemikian.” Beliau menambah: “Para pengikut Pythagoras telah memberikan pernyataan awal berkenaan kefahaman kerohanian muzik Islam, akan tetapi ia masih kabur dan jauh tersorok di alam pemikiran Yunani.” 

Menurut kefahaman muzik Islami, muzik bukan saja suatu sains tetapi juga seni, seni yang menghibur, menyuburkan hati, menenangkan jiwa dan yang terpenting, dalam bahasa sufi ia menjadi wasilah bagi menyatakan keasyikkan dan kerinduan terhadap Yang Maha Suci. Al-Ghazali menegaskan dalam Ihya’nya bahawa muzik (sama’) mampu mendatangkan keasyikan rabbani, melaluinya tercapai hakikat. Beliau cuba menjelaskannya dengan kata-kata berikut: “Hati dan pemikiran halus adalah seumpama lombong rahsia dan khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat jawhar seumpama percikan api yang terdapat dalam besi… Tiada jalan lain yang mengeluarkan rahsianya melainkan dengan mendengar muzik, kerana tiada jalan yang menghubungkan hati selain dari telinga… kerana sebaik saja semangat muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa saja yang menguasainya. 

Seperti yang diketahui umum, Nabi Daud memiliki suara yang amat merdu, yang menarik perhatian bukan saja manusia bahkan haiwan sekalipun apabila baginda menyanyi. Muhammad bin Abd Rabbihi (860-940) berkata: “Suara yang indah menggerakkan tubuh dan mengalir ke dalam salur darah. Akibatnya darah menjadi murni, hati menjadi tenang, jiwa menjadi galak, anggota badan menjadi resah dan bergerak-gerak. Oleh sebab itu kanak-kanak tidak sepatutnya ditidurkan selepas menangis melainkan dengan muzik dan nyanyian. Ahmad Ibn Abi Dawud (m.854) juga berkata: “Aku pernah mendengar nyanyian Mukhariq di istana Khalifah al-Mu’tasim, dan hampir tidak tertahan tangisanku kerana binatang ganas sekalipun pasti akan jatuh cinta terhadap kemerduan suaranya dan menghargai kehebatannya.”Berdasarkan kefahaman ini, kaum Muslimin mula membina falsafah muzik sekitar kurun ketiga Hijrah. Ia tidak lain dari kesinambungan terhadap sejarah awal muzik yang bermula dengan kedatangan agama Islam itu sendiri. 

Bermula dengan nyanyian penunggang unta, seterusnya berkembang menjadi nyanyian yang diiringi alat-alat muzik bertali yang dinamakan muwattar, termasuklah alatan yang kelihatan seperti harp yang dipanggil mi’zafah, dan daff (sejenis tamborin). Pada zaman awal tamadun Islam, penyanyi dan pemuzik yang paling dikenali ialah Tuways (m.705). Sejajar dengan penaklukan yang semakin berkembang, alatan baru beserta dengan jenis-jenis muzik turut dikenali oleh dunia Islam. Ahli muzik kaum Muslimin mula mempelajari nyanyian dan ala-alat muzik yang baru termasuklah lute ciptaan (alat muzik bertali seumpama gitar). Masyarakat Mekah pada masa itu menggunakan sejenis alat muzik yang hampir sama berupa kotak yang ditutupi kulit kambing, walau bagaimanapun lute orang-orang Parsi mempunyai permukaan kayu, dan reka bentuk Parsi ini lama-kelamaan diterima pakai oleh orang-orang Mekah. 

Di antara ahli muzik terkenal pada zaman ini ialah ‘Azzat al-Mayla (m.705). Antara peminat beliau ialah Abdullah ibn Ja’far, sepupu Rasulullah.Pada masa yang sama ahli muzik Muslimin juga terdedah kepada karya-karya filasuf yang pada kurun ketiga Hijrah mula membawa masuk teori-teori muzik Euclid dan pemikir Yunani lain ke dalam alam tamadun Islam. Dengan cara ini, falsafah muzik yang ilmiah mula timbul. Pemikir Muslim, termasuk ahli muzik, mula mentakrifkan muzik sebagai sains berasaskan pengamatan sendiri, juga hasil pengaruh Yunani. Al-Farabi (m.950) adalah ahli muzik-falsafah Muslim yang pertama menulis karangan lengkap berkenaan falsafah dan teori muzik Islami. Henry George Farmer bahkan menobatkan beliau sebagai pengasas falsafah muzik. Falsafah dan teori muzik beliau diguna sehingga ke hari ini dengan bentuk yang pelbagai setelah melalui pengubahsuaian dan pembaikan. 

Nah! Lihat sahaja sejarah muzik islamiah ini, mengapa masih ada istilah nasyid second class? Dalam suatu pertemuan tidak formal saya dengan seorang dj radio swasta tempatan, beliau menyatakan bahawasanya nasyid tidak dipandang dan tidak relevan sekarang. Hati penasyid mana tak panas, anda berjuang dengan penuh bersungguh-sungguh namun langsung tiada pembelaan namun masyarakat hanya menilai melalui yang hits dan berkualiti dalam skop ‘’easy listening dan marketasi.’’ Jadi apa yang boleh kita lakukan kini? Kita wajar sebagai penasyid , pendakwah lagu ketuhanan membaiki mutu persembahan, vokal, kualiti lagu. 

Kalau kita lihat zaman kini banyak sahaja kumpulan muda yang tumbuh bagai cendawan subur namun terbantut kerana beberapa factor. Pertama, keegoan yang tak pernah luntur di dalam kesumat hati, mana mungkin ego mengatasi ilmu suci. Pergilah berjumpa orang-orang lama, abang-abang artis nasyid senior kita. Banyak yang boleh dipelajari daripada mereka. Jangan sombong dengan ilmu sehilis yang kita ada, ibarat timun dan durian.Melanggar mati, dilanggar pun mati. Buangkanlah ego, ilmu kita tak banyak, pergilah belajar pada yang pakar. Faktor kedua yang dapat saya lihat kenapa nasyid dianggap second class ialah kualiti lagu yang dihasilkan sangat menjijikkan dan meloyakan.Adakalanya lagu sedap tetapi liriknya hancur dan adakalanya lagu sedap, lirik terbaik tetapi arrangement muzik hampeh! Ada semuanya sempurna tetapi mixing terlalu buruk sehinggakan jelas beberapa bunyi yang tak sepatutnya didengar. Common! nasyid bukan muzik sampah yang boleh dipergodek-godek dengan wang, nasyid ialah hiburan Islamiah yang mampu mendidik dan mertarbiyah secara syumul dengan perlahan dan seni.

Alasan artis- artis yang kualiti lagunya teruk ialah tak cukup budget, tiada link, tiada tunjuk ajar. Berbalik faktor pertama, buanglah ego, usahalah mencari mentor yang boleh membimbing. Saya percaya pasti ada suatu gelombang baru untuk memartabatkan kembali muzik nasyid. Faktor kesima ketiga ialah nasyid dianggap second class kerana kredibiliti pembawa nasyid yang tak pernah menjaga dirinya. Bukanlah bermaksud perlu mengenakan pakaian stereotaip dan tidak boleh berkasual tetapi ia lebih kepada pembawaan , sikap, adab dan cara komunikasi dan sosialis.Ubahlah adab, cara, hormati sesame scene di dalam nasyid, tidak kira apa jua genre, barulah nasyeed kembali bersatu dan disegani industry mainstream.

Bila ia disegani, tidak kiralah revolusi muzik berlaku, nasyeed tetap bertahan kekal sebagai sebuah komuniti yang terus berpaksi. Maseh kepanasan gegendang telingaku, Nasyid itu second class? Sudah berapa banyak pertandingan nasyid dibuat, apakah tiada lagi usaha yang nak dibuat berbanding pertandingan? Kita boleh membuat pameran nasyeed seMalaysia.tidak mustahil jika ada penaja, kita mampu buat yang lebih hebat berbanding Jobstreet.com karier fair sekiranya kita benar-benar mahu. Remaja kini makin tenggelam dengan sosial yang makin teruk, mereka dahagakan hiburan dan method yang seimbang dengan pengaruh yang terpaksa ditempuhi tetapi mempunyai nilai ketuhanan yang tersisip di dalamnya.Kitalah pejuangnya, tunggu apa lagi.Tak kan sampai freemasonis memutar alam baru nak mengadah. Kita boleh berubah kepada suatu titik yang baru., martabatkanlah kembali nasyeed ini,tutup mulut longkang yang mengejek dan menghina nasyeed, jangan disalahkan mereka kerna ada kebenarannya di atas kelemahan kita, kita sendri yang mencipta, membina dan kita sendiri perlu menghadapi risikonya.Wassalam

artikel ini ditulis oleh : pito Inheart
petikan dari zine underground ''LOVE'' edisi 1 bersempena FINAL NASYEED UNDERGROUND COMPETITION..ehsan for b9 blog

2 comments:

  1. Salam, bagus gak tulisan bro Pito ni. U have the points. Cumanya industri nasyid masih terlalu kecil, sekadar berputar dikeliling beberapa kumpulan nasyid sahaja. Cuba anda namakan sepuluh kumpulan nasyid terbaik Malaysia? tentu sukarkan kerana sebahagian dari sepuluh kumpulan tersebut mungkin sudah tidak membuat album sejak beberapa lama bukan? haha. berapa ramai pula kumpulan baru (indie?) nasyid yang bakal jadi pelapis mengganti rabbani, raihan, brothers, inteam, unic, sofwan, devotees, fareast? berapa ramai pulak orang yang sanggup membimbing dan mengasuh kumpulan2 baru ini? apakah platform yang wujud untuk memperkenalkan kumpulan2 baru? siapakah sepuluh pencipta lagu nasyid terbaik? siapa pula penulis lirik terbaik? Tak ada jawapan mudah bukan. Itu tandanya industri nasyid negara masih kecil sedangkan industri muzik di Malaysia sudah berkembang pesat. Lihatlah betapa banyak kumpulan dan individu penyanyi baru. Lihatlah betapa banyaknya pertandingan2 besar-besaran mencungkil bakat baru (AF, mentor, Mystar, bakat rtm, bla..bla...peringkat kebangsaan, negeri dan daerah) tapi berapa banyak pula untuk nasyid? Berapa banyak studio jamming muzik tapi berapa banyak pulak studio jamming yang mesra nasyid? Kita perlu menarik lebih ramai orang ke industri ini. Malahan antara jalan singkat yang bleh dicadangkan ialah menggalakkan lebih ramai pemuzik, pencipta lagu, penulis lirik negara untuk menyumbang dan merancakkan industri nasyid. Bayangkan kalau industri nasyid boleh menarik nama2 besar (?) seperti M Nasir, Ramli Sharif, Siti Norhalliza, Sharifah Aini, malah pencipta lagu dan penulis lirik hebat untuk menyumbang sama? Fikirkan bagaimana kita boleh menarik Adnan Abu hasan, habsah hassan, pak ngah, aidit alfian, hairul anuar, manan ngah, ahmad nawab untuk mencurah bakat terhadap penasyid? Adakah penasyid kita bersedia untuk menyanyikan lagu2 mereka? Atau mungkin kita perlu bertanya, adakah penasyid kita merasakan bahawa mereka mampu menarik minat pengubah lagu dan pencipta lirik ini untuk mencipta lagu dan menulis lirik untuk mereka?
    Secara jujur, saya rasa penasyid masih belum bersedia. Basic pun masih lemah,ilmu masih kurang, bilangan masih kecil, kumpulan kita masih kurang kepelbagian, audience masih kecil, bajet masih ciput....bla...bla...penat la nak tulis...apa kata korang jemput geng2 sumer kita sembang2 dan tukar idea....ngantuk la....zzzz...horeeyyy...malaysia menang piala aff!!!....zzzz.....Afif Ramadhan

    ReplyDelete
  2. 1- pendapat yang menarik wahai sahabat.. point point anda sangat bagus dan saya rasa perlu diambil berat...

    2- Tapi saya kira perkembangan dewasa ini pun agak positif dengan tertubuhnya sebegitu banyak kumpulan-kumpulan baru yang sebelum ini tidak dikenali.

    3- Payung-payung seperti Bro.Bonai dan Nasyid Undergroundnya, Bro. Pito dan By Heart Clannya dan kumpulan-kumpulan dibawah Halim Devotees saya kira sudah cukup bagus untuk kumpulan-kumpulan baru ini mengembangkan sayap.

    4- Untuk peringkat permulaan saya kira kita dah bermula dengan baik.

    ReplyDelete

Followers