Wednesday, December 29, 2010

Bola Cafe: Malaysia Juara Piala Suzuki 2010.

1- Hari ini hendak tak hendak perlu bercakap tentang bola. Sebaik sahaja tamat perlawanan terus saya menghadap komputer. Keputusan Malaysia tewas ditangan Indonesia 2-1 tetapi secara agregat Malaysia menang dengan jaringan 4-2.

2- Perlawanan yang sangat mendebarkan, walaupun Malaysia tampak selesa berbekalkan 3 gol hasil daripada perlawanan akhir pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil tempo hari. Indonesia membuat serangan bertali arus dengan gameplay 3-5-2 dengan 2 attacking midfielder yang sepanjang masa mencuba untuk mendapatkan jaringan.

3- Tahniah kepada Penjaga gawang negara Khairul Fahmi kerana berjaya menghalang asakan bertubi tubi daripada Indonesia. Sekiranya bukan kerana kematangan pemain muda ini, tidak mungkin Malaysia akan dapat membawa Piala Suzuki ini pulang ke tanah air. Pada separuh masa pertama sahaja, 7 percubaan merbahaya yang berjaya digagalkan dan ini termasuk satu sepakan penalti yang berjaya diselamatkan dengan baik.

4- Perlawanan secara keseluruhan dikuasai oleh Indonesia dengan bola sentiasa berada didalam kawasan Malaysia. Pertahanan Malaysia ternyata begitu senang dibolosi oleh penyerang Indonesia. Namun begitu, setiap counter attack yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa merbahaya dengan Safee Salee dan Nursyahrul Idlan Talaha sebagai peneraju utama.

5- Perlawanan yang sangat menarik, walaupun tewas secara agregat, Indonesia mempamirkan permainan yang baik. Tahniah Malaysia. Akhirnya garuda terbenam dicakar anak harimau.

No comments:

Post a Comment

Followers