Sunday, November 28, 2010

Nasyid Cafe: Belajarlah Menerima Kritikan.

1- Generasi nasyid Malaysia yang kebudak-budakan? Ini merupakan tajuk cadangan untuk rencana pada hari ini tetapi tidak saya gunakan. Tidak ada sebab yang spesifik dan tidak juga kerana terdapat apa-apa ancaman bunuh keatas diri saya atau keluarga daripada peminat-peminat fanatik nasyid atau pun dari anggota kumpulan nasyid yang masih hingusan. Namun rencana ini sedikit sebanyak ada kaitannya dengan sikap kebudak-budakkan peminat nasyid ataupun munsheed itu sendiri.


2- Apabila terdapatnya sesuatu kritikan dilemparkan, perkara pertama yang akan dapat kita saksikan adalah akan terdapatnya cabaran-cabaran untuk membuat kritikan secara berdepan. Sungguh kebudak-budakan. Lihat sahaja entri paling popular saya yang hampir-hampir menjadikan saya sepopular Anwar Ibrahim atau Lady Gaga baru baru ini, iaitu entri berkenaan nama-nama kumpulan-kumpulan nasyid hari ini yang cincai dan mengarut-ngarut. Terdapat cabaran untuk saya bersemuka dan lemparkan kritik secara berdepan. Untuk apa? Untuk membuktikan keberanian?

"Hang tak puas hati dengan nama kumpulan aku, jom jumpa bawah jambatan!"

3- Tidak cukupkah dengan keberanian mengkritik di alam maya ini? Sekiranya kritikan itu dilemparkan dari ruang blog adakah ia menjadikan kritikan itu sebagai invalid atau tidak sah selagi tidak melemparkan kritik secara bersemuka? Saya cukup hairan dengan mentaliti mentah seperti ini. Sekiranya diruang maya ini pun anda tidak mempunyai jawapan, apa yang membuat anda fikir sekiranya kritikan dilemparkan kemuka anda secara berhadapan akan membuatkan anda mempunyai jawapan? Atau ada agenda disebaliknya? Ingat, kadangkalanya cabaran-cabaran ini datang dari ahli kumpulan nasyid itu sendiri.

"Ooo.. Kau la si Malaun yang kutuk nama kumpulan aku itu hari. Jom kawan kawan, mari kita pukul sama dia. Berani dia kutuk kumpulan SeeHeartOneBunny"
4- Saya rasa sebagai pengkritik nakal, tidaklah perlu untuk saya mengembara mencari kumpulan-kumpulan nasyid untuk dikritik secara berdepan. Banyak lagi benda yang berfaedah yang boleh saya lakukan. Namun sekiranya anda ingin berjumpa dengan saya secara bersemuka, saya tidak akan menolak. Mungkin saya boleh berikan penjelasan dengan lebih lanjut kepada anda. Lainlah kalau saya menabur fitnah merata-rata. Mungkin saya akan berpindah, bermastautin di Kanada atau Switzerland dan bekerja sebagai seorang nelayan yang berjaya.

5- Sejauh mana mampunya penasyid hari ini menerima kritikan, tidak kira lah membina atau untuk menjatuhkan. Sejauh mana kekuatan penasyid hari ini menempuh mehnah dan tribulasi? Niat si pengkritik kadang-kadang bermacam-macam. Ada yang ikhlas ingin menegur dan ada pula yang diselubungi dengan hasad dan niat yang tidak baik. Sejauh mana kemampuan penasyid untuk membezakan diantara keduanya?

"Saya rasa tadi awak nyanyi lari tempo dan tak sampai pitch di bahagian korus"
"Saya rasa tadi muka awak macam bigfoot di bahagian korus"
6- Seharusnya penasyid hari ini mempunyai kemampuan untuk menerima kedua-dua jenis kritikan, samada yang membina dan yang sebaliknya. Kedua-dua kritikan ini seharusnya dianggap sebagai membina dan sebagai cabaran untuk menjadi lebih baik. Namun apa yang menyedihkan apabila terdapat segolongan penasyid hingusan lagi mentah yang tidak mampu berbuat sedemikian. Yang lebih malang apabila setiap kritikan yang dilemparkan kepada mereka dan kumpulan mereka dianggap sebagai berniat jahat dan malis, tidak kira semembina mana pun sesuatu kritikan itu. Sungguh menjengkelkan!

"Apa? Ana nyanyi sumbang? Apa anta tahu? Anta bukannya penasyid. Ana pukul anta!"
"Apa? Muka ana macam asparagus? Ana pukul anta!"

7- Belajarlah menerima kritikan wahai sahabat-sahabat. Tidak kiralah samada kritikan itu baik, buruk atau melampau. Gunakan platform itu untuk meningkatkan sahsiah diri dan menjadi yang lebih baik. Betul atau tidak kritikan yang dilemparkan, jangan terlalu cepat untuk mencari jawapan balas. Fikirkan dulu. Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih.
"Apa? Ana nyanyi sumbang? Terima kasih kerana menegur. Nanti ana akan berlatih dengan lebih tekun"
"Apa? Muka ana macam big foot? Terima kasih kerana menegur. Nanti ana buat plastic surgery kasi hensem macam Sidi Oraza"

8- Anda punya pendapat tersendiri? Kongsi di ruangan komen. Anda boleh gunakan nama samaran atau nama mengikut kad pengenalan. Jangan risau, saya tidak akan cabar anda untuk jumpa saya dibawah jambatan.

17 comments:

  1. salam alaik....

    as i commented in first entry on this article... "manusia adalah pantang diusik"..

    that's the reality,
    baik manusia y ada 'title', artis atau pun manusia biasa sekalipun.. mereka xkan terima kritikan itu sbg suatu nasihat walaupun ia disampaikan dgn cara y baik... ttp saya tidak mnjuruskn ini kpd semua manusia.. hanya segelintir shj...

    knapa??? sebab ego dan prejudis trhadap org y mbuat kritikan itu... kononnya hanya tuan y punya bdn shj y tahu kebenaran dan lebih benar dr si pemberi komen... maka trjadilah prg tanpa suara di medan blog mngajak untuk mbuktikn kebenaran itu..

    selepas itu, apa pula y akan tjadi??? adakah blog itu akn ditutup.. atau si tuan punya bdn akn m'banned' blog pngkritik itu td... maaf kalau pnyataan saya ini agak keras bunyinya.. namun inilah biasa tjadi.. bkn hanya blog2 y bkaitn dgn dunia artis ttp blog politik juga mngalami nasib y sama... siapa y kita nak prsalahkn???

    tuan punya blog y mngkritik??? atau si pmberi komen y galak mnyokong kbenaran y tnggelam timbul itu.... jd saya mngharapkan sesangat(100 kali)...

    kpd bloggers, komentar adalah perkara terakhir kita beri perhatian.. y plg utama, isinya adalah untuk mberi pnerangan kpd pmbaca.. kalo blog anda bsifat peribadi, sekadar coretan diri sendiri.. maka tulisannya adalah spt sbuah diari atau jurnal... ttp kalau utk dijadikan tatapan umum... pastikan tulisannya sgt mberi manfaat buat pmbaca...

    kpd pemberi komentar, utk memberi sbrg komen atau cadangan biarlah bpada2... barangkali smasa mnaip komen anda trikut2 prasaan sndiri... sntiasala bringt bahawa kita buknla satu2nya manusia y ada prasaan shj... org lain juga sama... jd kita juga harus ambil kira ttg perasaan org lain... ok??? saya juga mngingtkan diri saya sndiri... sbb saya jua mnulis blog ttp hanyalah utk catatan pribadi dan saya bknlah dr golongan artis.. hanya memberi komen atas dasar rakan se'blog'...

    ok semua??? maaf kalau ada tulisan komen saya ini tidak memuaskn semua pihak... apa y pling pnting.. kita semua adlah HAMBA ALLAH... baik ke.. buruk ke... kita ttp bsujud pd ALLAH y satu, mnganut agama y sama.. jd kita adalah saudara seISLAM.. buanglah y keruh, ambillah y jernih.. mudah2an kita sntiasa dlm REDHA-NYA...
    ~AMIN~

    ReplyDelete
  2. Wah, Cik Halimah, panjang benar komentar hari ini.. apa pun kandungan komen yang sangat baik.. bila lagi hendak mulakan blog nasyid..

    ReplyDelete
  3. That's the world for you..

    one second thought, maybe it's not the world.. maybe just malays, their mentality, their paranoia, and their insecurities.. not all of course, but most are like that..

    i might just offend a lot of insecure, paranoid and narrow-minded people here, but hey, like the writer says, belajar lah menerima kritikan :)

    ReplyDelete
  4. yes hope.. you are soo awesome. hehehe

    ReplyDelete
  5. :) kalau takde pengkritik, maka tiada kemajuan, macam tu juga bile mana ada pro, mesti ada contra, Allah ciptakan sesuatu tu berpasang pasangan :) dan tiadalah sia2 setiap apa Allah jadikan. teruskan penulisan anda bro benign. banyak penasyid yang susah nak menerima komen, yang die lebih respek adalah artis bukan nasyid, padahal kita yang munsyid ni nak tegur ke arah kebaikan dia.

    ReplyDelete
  6. To Kamal - Thank you my friend.

    To Anon 4:17 - Terima kasih kerana memberi pandangan. Kita manusia ni sangat jarang lah nak jumpa yang tidak melenting bila dikritik waima saya sekalipun. Cuma sebelum kita bidas, fikir lah dulu betul atau tidak kritikan tersebut. Buang yang keruh ambil yang jernih.

    Ada yang saya baca mendakwa kononnya saya nak jatuhkan sipolan-sipolan. Untuk apa? Apa yang saya dapat? Kalau dapat duit takpe lah jugak. Nak kata untuk survival kumpulan nasyid saya, saya takde kumpulan nasyid. Nyanyi dalam bilik air saya boleh la.. haha. Takde sebab langsung nak jatuhkan kumpulan-kumpulan muda ni.

    ReplyDelete
  7. Yeah~!suka pandangan brother benign.. teruskan memberi kritikkan membina.. dan always sharing2 ilmu yg ada~!

    ReplyDelete
  8. 1- terima kasih sis khadija.. setiap kritikan yang kami beri di Nasyid Cafe setakat ini semuanya dengan harapan agar ia dapat dilihat secara positif bukan setakat kepada munshid itu sendiri malah kepada peminat-peminat.

    2- Kami menyokong perjuangan kumpulan-kumpulan nasyid hari ini (itupun kalau benar-benar ada perjuangan) tak kira lah nama-nama mereka sembrono atau tidak.

    3- Takkan lah hanya kerana nama-nama ridiculous yang boleh membuatkan non muslim ketawa sampai terkangkang kita hendak memprejudiskan kumpulan-kumpulan ini dengan memberhentikan sokongan? Tidak.

    4- Mentaliti kita perlu berubah. Kita perlu tunjukkan bahawa Muslim adalah umat yang berintelek dan mempunyai kelas minda yang tersendiri. Cerdik, cakna dan bijaksana.

    ReplyDelete
  9. It's all in the mind... It's a 'Half cup empty or half cup full' situation.

    Kalau nak melihat komen itu sebagai suatu yang baik, baiklah jadinya tapi jika dipandang dengan kanta negativiti maka negatiflah jadinya.

    But to be fair, masalah nama pelik-pelik (dan adakalanya jelik-jelik) ni bukan masalah dalam nasyid sahaja. Kalau diperhatikan kumpulan rock awal 90an pun ada jer nama yang sedemikian. But than again nobody expects too much from these rockers, the same however cannot be said about Nasyidians. Orang-orang nasyid ini dilihat sebagai golongan intelek dan bijak yang menjadi contoh baik kepada masyarakat sesuai dengan mesej-mesej yang matang yang lazimnya dibawa orang-orang nasyid ini. Dalam keadaan ini adalah suatu kepincangan sekiranya nama yang dipilih tidak menggambarkan keintelektualan dan kebijaksanaan para penasyid.

    Apa sekalipun, sebagai da'i nasyidian perlu memperbaiki penguasaan bahasa arab dan inggeris. Saya rasa bahasa arab mungkin sudah agak OK kerana para penasyid lazimnya lepasan sekolah agama yang mempunyai basic bahasa arab, tapi inggeris tu... Hmmm... teringat saya pada bait lagu nyanyian UNIC yang saya dengar sekitar 2002;

    "DONTS loose hope..." dan "I WONTS look back..."

    Orang yang mengkritik ini pun (termasuklah bro B9) bukanlah pandai sangat BI tapi apa yang ingin diterangkan adalah jika kami yang tak berapa pandai ni pun boleh pinpoint kesilapan tersebut apatah lagi golongan yang mahir ber BI!

    Saya tak sanggup melihat para pendakwah dijadikan bahan jenaka! Dan lebih penting lagi, saya tidak mahu saya dijadikan bahan lawak kerana mendengar atau memperdengarkan nasyid.

    ReplyDelete
  10. Betul En. Kamal...

    "DONTS loose hope..." dan "I WONTS look back..."

    hahaha, hang ingat lagi ye pasal lirik ni. Pernah dijadikan bahan lawak jenaka semasa kami masih menuntut di Universiti.

    ReplyDelete
  11. berani memperbetulkan arus nasyid skang...diorg yg kene tembak ni bukanlah fighter,sebaliknya model2 grooming yg ntah mane dtg tibe2 ngaku bwk nasyid sedang definisa nasyid itu sendiri ialah "pertuturan berlagu yg baik serta lirik yg baik utk kebaikkan semua"

    ReplyDelete
  12. belajarlah dari ahli2 BHC (BY HEART CLAN) yg dididik oleh sifu2 kami (ABG JEBAT,ABG AKMAL,ABG MUADZ,ABG SALLEH DAN ABG AKMAL) dan brader2 kami (ABG KHAIRUL,ABG PITOK,ABG PIMP,ABG FUAD DAN ABG2 LAIN DI BAHAGIAN ADMIN) yang mendidik kami menjadik fighter dan berani menerima kritikkan dan pujian dalam memperjuangkan lagu2 ketuhanan..

    ReplyDelete
  13. model model grooming? ahahaha.. saya suka point itu. Abang Wan tu sangat banyak boleh belajar dari dia. Duduk lepak lepak minum teh pun boleh dapat ilmu nyanyi-nyanyi.

    terima kasih kerana memberi pendapat.

    ReplyDelete
  14. alamak..BHC pon de org komen kat sini..? heheh..makasih ..benign,besela...dalam nak memberi yg terbaik,kita dipilih utk dikritik..so.. berani utk berubah..erm..rajin2 la bagi pendapat kat fb BY HEART CLAN...

    AKU YG MENULIS..
    BLACK JACK BHC

    ReplyDelete
  15. Thank you Black Jack BHC... bak kata pepatah bro, ambillah yang jernih dan usah dibuang yang keruh lalu ambil lah apa-apa yang memberi manafaat daripada kedua duanya..

    ReplyDelete
  16. Maaf ya mencelah, saya rasa macam masih kurang ramai pengunjung di blog ini..apakah saudara Benign tak iklankan kaw kaw dekat komuniti nasyid kita?

    harap2 makin ramai yang mengunjungi blog anda dan memberikan posting2 yang terbaik...mungkin saudara boleh invite dari otai2 munsyeed itu sendiri

    sekadar 20 sen saya

    ReplyDelete

Followers