Tuesday, November 30, 2010

Tips Berguna Buat Penasyid: Latihan Nyanyian Terbaik.

1- Bak kata pepatah, latihan membentuk kesempurnaan, practice makes perfect. Perkara yang paling penting yang perlu dititik beratkan oleh sesebuah kumpulan nasyid baru adalah latihan yang secukupnya. Ianya bukan sahaja bertujuan untuk memperkemaskan nyanyian dan harmoni, malah untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli. Bagaimanakah yang dikatakan latihan nyanyian yang baik.



2- Perkara pertama yang perlu diselesaikan adalah mendapatkan tempat latihan yang baik. Mungkin bilik atau ruang berdinding untuk mendapatkan lantunan suara yang memuaskan. Pastikan juga ianya agak jauh dari tempat awam agar latihan yang bakal dijalankan nanti tidak mengganggu orang awam. Sewaktu saya aktif bersama Infinatez pada sekitar tahun 2004 ke tahun 2006, tempat yang sering menjadi pilihan untuk berlatih adalah tangga. Kami menghuni kawasan tangga di tingkat 6 Pusat beli belah Berjaya Time Square selama berbulan-bulan semata mata untuk berlatih.

3- Buat latihan secara acappella ataupun tanpa iringan alat muzik atau minus. Boleh membawa gitar atau CD album rujukan untuk merujuk kepada nota permulaan yang sempurna. Selebih daripada itu, nyanyikan secara acappella. Tanpa iringan muzik, suara setiap ahli akan lebih jelas dan kesalahan off key boleh dikenal pasti dengan senang dan ini akan membuatkan masing-masing sentiasa waspada dengan pergerakan jalur melodi masing-masing. 

4- Setiap latihan wajib dirakam. Saya tidak apakah alat yang sesuai untuk merakam suara dewasa ini tetapi sewaktu saya aktif, samada bersama Hizbi, Marjaan atau Infinatez, alat yang menjadi pilihan kami adalah Walkman dan pita kaset. Rakaman latihan adalah sangat penting untuk mengenal pasti dimana kesalahan kesalahan dan kelemahan-kelemahan yang perlu diberi perhatian dan diperbetulkan didalam latihan.

5- Adakan post mortem selepas daripada latihan. Berbincang sesama sendiri apa yang perlu di tambah baik dan apa yang perlu dipertingkatkan. Setiap anggota perlu mempunyai fikiran yang terbuka untuk menerima kritikan. Buang dahulu ego individualisme anda dan tumpukan kepada kepentingan berkumpulan. Sekiranya setiap orang dalam kumpulan mampu menyanyikan bahagian masing-masing dengan baik maka kumpulan itu sendiri akan menerima pujian daripada pendengar. 

13 comments:

  1. salam alaik...

    hem.. like this post very much... it teaches me one thing... in every single job, it is not easy.. and it need sacrifices.. either big or small... then only we can grab the result...

    even though i am not a singer but i also had a same opinion that.. any singer either solo or group must go for training to improve their singing skill... not forget that we also must always praise to ALLAH for giving us(i mean the nasyidian... but also can refer to every people to...)the speciality of voice to sing... so that we can use the voice to educate people... raise money to earn life, and many more...

    happy practicing everyone.. may ALLAH bless us...

    ReplyDelete
  2. Thank you Cik Halimah.. Pendapat saudari amat dihargai.

    ReplyDelete
  3. Maybe you should sing a song for us..

    ReplyDelete
  4. Bukan ke dah selalu saya nyanyikan untuk anda ke cik Hope?

    ReplyDelete
  5. nice entry bro..

    kadang2 sesetengah team nasyid sekarang ni terlalu berkejar2 sangat untuk menghasilkan album, sampaikan mereka tidak mengutamakan kualiti suara dalam lagu2 mereka. training belum cukup masak tapi dah sibuk nak wat album.. mereka memandang kejayaan sesebuah team nasyid ni dengan ada album semata2.. dan itulah kadang2 sebabnya album dorang tak brapa laku sebab terlalu terkejar2 nak wat album, nak populariti.. tak salah nak popular, cuma kalau bleh mantapkan team dulu.. banyakkan training as bro cakap.. then kalau dah mantap takyah cari syarikat rakaman, nanti dia sendiri yang datang cari kita.. :)

    ReplyDelete
  6. 1- menyedihkan tapi apa yang anda cakap tu ada benarnya my friend.. Memang saya ada terjumpa dengan album album yang terdapat didalamnya nyanyian sumbang dan pitchy...

    2- Aih, takkan dalam album pun ada nyanyian pitchy? Harmoni kelaut? Kalau nyanyi live mungkin boleh dimaafkan, tapi dalam rakaman album? Producer makan gaji buta kah?

    3- Saya boleh sahaja sebutkan satu kumpulan ni sebagai contoh, tapi sebab saya dah kritik nama kumpulannya dalam entri yang lepas, baik saya diamkan aja. Nanti orang ingat saya ada personal innuendo plak pada group depa.

    ReplyDelete
  7. bagi saya sendiri, nasyid adalah satu minat..

    kadang2 ramai yang bertanya, "kenapa team korang tak wat album lagi?"

    "bila nak wat recording bro, team kitorang dah gi ke studio bla3 dan bla.."

    itulah.. dan inilah..

    tak terfikir nak wat album pun.. bernasyid adalah satu minat.. suka dengar orang nasyid, dan diri sendiri juga minat bernasyid.. kadang2 reka2 lagu.. kalau nak rekod pun rekod guna laptop sendiri je, guna adobe audition.. edit sendiri..

    so janganlah dikejar sangat nak kuarkan album.. rileks, cool.. album tu bile2 pun boley buat.. nak tanak je..

    yang penting bile bernasyid mampu memuaskan hati sendiri dan orang lain.. dapat memberi input dakwah yang digembar-gemburkan..

    generasi baru nasyid seharusnya mempunyai pendirian yang tersendiri, bukan sekadar hanyut mengikut arus semasa.. cuba ciptakan satu kelainan dalam team sendiri yang tidak sama dengan team lain..

    kalau team2 sekarang ni ramai yang suka berjiwang, cubala kita wat pendekatan lain.. contoh wat lagu2 harakah ke.. setakat ni takde lagi team nasyid malaysia yang memperjuangkan lagu genre harakah secara serius.. tak macam indonesia.. atau acapella beatbox ke..

    dan cuba kurangkan yang lentok2.. walaupun sebenarnya best jugak lagu2 jiwang ni..huhu

    sekadar pandangan.. =)

    ReplyDelete
  8. terima kasih kerana memberi pendapat wahai sahabat.. tentang lagu lagu perjuangan ni, Along Safa pernah sentuh dalam blog beliau.. takde lagi group yang benar benar komited untuk but nasyid begitu sekarang.. dulu ada satu group malaysia tapi saya dah lupa nama...

    ReplyDelete
  9. Saudara benign kongsikan la teknik latihan nyanyian yg terbaik...maybe senaman pernafasan, camne nak panaskan suara....

    seeloknye, kalau ade keyboard, try kenal pasti range vocal anda....secara kurang teknikalnya begini....tekan key dekat keyboard tu, identify not mane yg paling rendah anda leh sampai, dan sampai ke not mana yg paling tinggi anda boleh reach

    then, start dari nota terendah tu, tekan key sambil ikut nada bunyinya dengan lontaran suara "Daaaaaa...Aaaaaa...Uuuuu"..atau sebagainya...cube cek, anda boleh sustain kan nota tersebut selama berapa saat...kalau pertama kali cuba...utk sesuatu nota tu, anda boleh sustain sampai 10 saat sahaja contohnya...esoknye, atau minggu depan nya, pastikan anda boleh tingkatkan tempoh masa utk sustain pada sesuatu note itu

    ulangi senaman ini dari nota terendah, sehingga nota tertinggi....kalau ada yang tak berapa jelas, mungkin saya boleh huraikan lebih lanjut pada waktu berikutnya

    ReplyDelete
  10. Sedikit lagi tips, sebelom anda menyanyi, teknik menarik nafas juga perlu btol...kalau masa sekolah2 dulu, waktu pendidikan jasmani, kite kan slalu disuruh tarik nafas, lepas, tarik nafas, lepas kan?

    tapi sewaktu menarik nafas, perut seharusnya mengembung, bukannya mengempis...maka, jumlah angin yang ade dekat perut itulah yang akan anda gunakan sebagai sokongan kepada lontaran suara anda...sekiranya mase tarik nafas tu,perut mengempis, maka agak sukar untuk kita nak simpan angin untuk lontarkan suara

    salah silap, tolong betulkan ya?, sharing is caring

    ReplyDelete
  11. To Amir: hiiii dia ni... orang suruh jadi penulis jemputan tak nak, tapi komen semua yang terbaik.. apa kata awak tulis teknik teknik ni dan emailkan kat saya, dan saya paparkan di muka hadapan sebagai entri utama dari penulis jemputan... nanti I belanja you makan tapai goreng.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Hehehe, sorila bro...actually saya mmg nak jugak jadi penulis jemputan tu, cume disebabkan kerja yang agak banyak kat opis, xberani lak nak janjikan komitmen

    Oh ya, sungguh ramai talent di Nasyid Underground tempohari, mungkin kita patut sama2 berinteraksi dgn mereka...saudara Benign pasti banyak ilmu yang dapat dicurahkan

    ReplyDelete

Followers