1- Hijau atau terjemahan didalam bahasa inggerisnya Green, bermaksud baru, muda dan masih mentah. Kami di Nasyid Cafe merasakan ada perlunya untuk berkongsi sedikit sebanyak tips-tips yang berkesan dan berguna buat kumpulan-kumpulan nasyid yang baru mula mencari tapak sebagai sebuah kumpulan yang memperjuangkan hiburan bercorak islami didalam era tribulasi, mehnah dan fitnah ini.
2- Saya sendiri pernah menganggotai beberapa kumpulan nasyid (Hizbi, One Faith dan Marjaan) dan kumpulan vokal bukan nasyid (Infinatez) sewaktu usia saya masih muda, gagah dan kacak suatu ketika dahulu. Pengalaman-pengalaman saya anda akan berpeluang untuk membacanya di pos-pos yang akan datang, Insya Allah.
2- Tips-tips yang ingin saya kongsi ini adalah tips-tips permulaan atau asas yang perlu diambil berat. Saya berharap agar tips-tips yang saya ingin kongsikan disini dapat membantu anda dan sedikit sebanyak mengukuhkan lagi kumpulan anda di dalam persada nasyid tempatan tidak kira secara indipendan (underground) atau mainstream. Ayuh, kita teruskan dengan tips-tips menarik dan tertarik ini. Ayuh.
TIPS NASYID #1: Pendengaran.
Anda perlu sentiasa menambah baik koleksi-koleksi album-album nasyid anda samada dari dalam atau luar negara. Ia akan memudahkan anda membuat rujukan terutama sekali dari segi nyanyian, harmoni dan penggubahan suara latar. Anda tidak perlu terikat dengan genre nasyid semata-mata. Sebagai rujukan vokal, anda boleh sahaja mendengar dan merujuk kepada kumpulan-kumpulan berbentuk vokal bukan nasyid dari seluruh dunia. All 4 One, Boyz II Men dan NSync adalah contoh-contoh kumpulan vokal bukan nasyid yang sering saya rujuk untuk mengemaskan vokal terutamanya bahagian harmoni. Banyakkan juga pendengaran untuk menambah kandungan perpustakaan lagu anda.
TIPS NASYID #2: Pengkajian.
Melalui pendengaran, cuba anda belajar dan kaji untuk mengenal jenis-jenis vokal, jenis-jenis tona (tone) suara, kepelbagaian dan lapisan harmoni dan jenis-jenis cara nyanyian. Album Raihan yang pertama yang berjudul Puji-Pujian merupakan sebuah album yang baik untuk proses pengkajian seperti ini. kerana vokal harmoni didalam album tersebut adalah jelas dan dapat dikenal pasti dengan mudah. Semua ini memang boleh sahaja dicapai dengan menyertai kelas-kelas vokal, tapi buat masa seawal ini cuba lakukannya secara sendirian. Terbitkan dan seterusnya kembangkan minat anda kepada vokal dan harmoni. Jangan lupa kongsi kan apa yang anda dapat dengan anggota kumpulan anda yang lain.
TIPS NASYID #3: Mempraktik.
Selepas memperbanyakkan pendengaran, pengaplikasian merupakan faktor utama yang perlu dititik beratkan. Apa yang didengar dan di kongsi dengan ahli-ahli kumpulan perlu sentiasa di praktikkan didalam latihan. Anda boleh sahaja cuba untuk mempraktikkan apa yang anda dengar secara bersendirian dan kemudiannya berkongsi dengan ahli-ahli kumpulan anda semasa latihan.
3- Semudah itu sahaja tipsnya. Dengar dan praktik. Ia mungkin tampak mudah tetapi ia memerlukan masa, minat dan keinginan yang tinggi. Lakukan secara berkumpulan dan pastikan anda sentiasa berkongsi apa sahaja perkara atau ilmu-ilmu baru mengenai vokal dengan anggota kumpulan anda yang lain. Saya akan terus memberikan tips-tips yang lain di masa masa hadapan untuk kemudahan mereka-mereka yang ingin mengetahui.
salam...
ReplyDeletewah... satu permulaan yang baik... nice2...artikel yang bagus... bagi adik2 yang baru mula mngenali dunia nasyid disekolah2.. ini lebih praktik... bagi pnasyid yang telah mnapak dalam industri nasyid... ini boleh dijadikan peringatan... walau bagaimanapun.. harus diingat nasyid ini merupakan medium dakwah... bukannya laluan memperekenalkan diri dalam bidang hiburan... ok!... MAY WE ALWAYS IN BLESS..
saya bersetuju dengan pendapat anda. dakwah merupakan prioriti utama iaitu mengajak pendengar cintakan Tuhan, agama dan sesama manusia.
ReplyDeleteselain daripada itu nasyid juga menjadi halwa telinga alternatif kerana sunnah manusia sememangnya sukakan hiburan.
memperkenalkan diri kedalam bidang hiburan ada baik dan buruknya, baiknya, pengaruh hiburan islami akan lebih meluas dengan bantuan media dan buruknya ia kan membuatkan penasyid hanyut dengan dunia popular.