Saturday, October 30, 2010

TAHNIAH SKUAD BOLA SEPAK NEGERI KELANTAN.

1. Entri ini tidak ada kena mengena dengan industri nasyid tapi saya sebagai warganegara Kelantan Darul Naim, Negeri Serambi Mekah tidak dapat menyimpan rasa gembira ini dan ingin mengambil peluang ini untuk memanjatkan syukur Alhamdulillah. Akhirnya, buat pertama kalinya dalam sejarah, Kelantan berjaya merangkul piala yang paling berprestij di Malaysia, Piala Malaysia. Buat pertama kalinya.



2- Keputusan selepas 90 minit berentap adalah Kelantan 2 dan Negeri Sembilan 1. Pasukan Kelantan sememangnya layak untuk memenangi piala ini sebagai hadiah kepada para penyokongnya yang tidak putus-putus memberikan sokongan yang ultra padu kepada pasukan the Red Warriors. Gol-gol kelantan di jaringkan di separuh masa kedua oleh Hairuddin Omar dan Badri Razi.

3- Semuanya bermula apabila kapten pasukan N.Sembilan merangkap benteng kebal iaitu Aidil Zafuan terpaksa diusung keluar selepas berlaku pertembungan dengan Norsyahrul Adlan yang menyebabkan beliau tercedera. Pertahanan N.Sembilan terus goyah dan ini memberi ruang kepada jentera serangan Kelantan untuk membuat serangan secara bertubi tubi sehingga berjaya merobek gawang N.Sembilan sebanyak 2 kali.

4- Syabas juga buat N.Sembilan kerana bermain dengan begitu baik terutamanya pemain lincah mereka S.kuna yang sememangnya laju dan sangat berbakat. Tahniah pasukan Kelantan. Tahniah.

2 comments:

  1. salam....

    Gol 2-1 pemain Kelantan jaringkan,
    Untuk merebut Piala Malaysia;
    Kalah menang adat pertandingan,
    Namun yang ESA jangan dilupa.

    selamat bergembira semua hendaknya... mudah2an semangat kesukanan ini dibawa terus ke peringkat antarabangsa dan dalam ibadah.. amin..

    ReplyDelete
  2. Ye benar. Semangat kesukanan rakyat kelantan memang tidak boleh dinafikan berikutan semangatan watani yang kuat cuma kadang-kadang boleh melampaui batas. insiden stadium dipenuhi dengan botol dan asap mercun tidak melambangkan keperibadian dan akhlak yang tinggi segelintir peminat bola sepak malaysia.

    ReplyDelete

Followers