Friday, October 29, 2010

Nasyid Cafe: Terkini di Nasyid Cafe 2010.

1- Saya selaku penulis utama untuk Nasyid Cafe telah membuat keputusan yang tidak sebulat suara untuk menyelang nyelikan penggunaan bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di Nasyid Cafe. Ini adalah bertujuan untuk menampung permintaan sahabat sahabat nasyid saya di buka muka (Facebook) yang berharap agar Nasyid Cafe juga menerbitkan entri-entri dalam bahasa melayu.


2- Dalam pada masa yang sama juga saya tidak mahu mengabaikan objective asal Nasyid Cafe iaitu untuk menyediakan maklumat dan informasi kepada peminat nasyid bukan melayu yang sentiasa dahagakan informasi terbaru mengenai dunia nasheed terutamanya daripada Malaysia dan Indonesia yang sememangnya terkenal sebagai hub hiburan islam yang utama di seluruh dunia.

3- Sebagai seorang blogger tegar, tidak saya nafikan bahawa tindakan ini juga sebenarnya untuk menarik lebih ramai pengunjung tempatan untuk melawat blog Nasyid Cafe serta memudahkan entri-entri tertentu disenaraikan di enjin-enjin carian di sepelusuk ruang cyber ini.

4- Walaubagaimana pun, sebagai seorang diktator kuku besi yang baik hati lagi comel, saya selaku ketua penulis di Nasyid Cafe sentiasa terbuka kepada cadangan-cadangan bernas, menarik dan inovatif daripada para pembaca saya. Usah risau, saya seorang yang berfikiran terbuka dan tidak perlu takut kepada saya kerana saya bukan lah seorang jembalang yang suka makan daging manusia yang manis-manis.

5- Saya juga sentiasa mengalu alukan interaksi daripada pembaca-pembaca di bahagian komentar. Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka mereka yang pernah memberi komen di Nasyid Cafe atau setakat menyebut "Hye" di ruangan Shoutbox, Syukran Jazilan wa Marhaban Bikum. Saya paling gembira sekiranya mendapati ada interaksi berlaku dimana mana ruang didalam blog ini.

6- Nasyid Cafe masih lagi baru jika hendak dibandingkan dengan sahabat sahabat blogger saya yang lain seperti Fenomena Nasyid, Nasyid2u dan Studiokini namun saya berharap dengan lipatan masa di masa masa yang akan datang, Nasyid Cafe boleh turut sama berdiri setanding dengan blog-blog sahabat-sahabat saya ini terutamanya Nasyid2u yang merupakan inspirasi utama disebalik kenapa Nasyid Cafe dan Annasyid  (blog kami sebelum Nasyid Cafe) diwujudkan.

7- Oh ya, sebelum saya terlupa, anda semua mungkin sudah tahu bahawa Nasyid Cafe di kemas kini setiap dua hari sekali, jadi, bagi memudahkan anda mendapat laporan kemas kini yang terbaru dari Nasyid Cafe, saya cadangkan anda menjadi email subscriber kami dengan mengisi ruang email yang disediakan di sebelah kanan anda. Kanan anda bukan kanan skrin komputer anda, kalau di skrin komputer anda maka ia terletak di sebelah kiri skrin. Nasyid Cafe in your email. Kami akan menghantar entri terbaru Nasyid Cafe terus ke Email anda.

8- Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung tetap dan para subscriber yang melanggan Nasyid Cafe. Jazakallahu Khairan Kathira.

2 comments:

  1. salam... ermm... people always say... ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi, jgn ikut resmi lalang, mudah ditiup angin... well... as long as u had ur own determination, it doesnt mean we have to get down when people criticize on us... right??? DONT GIVE UP!!! GO!!!

    ReplyDelete
  2. hehehe.. thanks Halimah for you kind words.

    ReplyDelete

Followers