Thursday, December 2, 2010

Nasyid Cafe: Nasyid DIY.

Dibawah adalah post saya untuk forum Nasyeed.com yang bertarikh 30 Disember 2008. Saya tampalkan semula entri tersebut disini untuk tatapan pembaca-pembaca yang budiman dan juga kepada munsheed yang ingin cuba bergerak secara sendirian tetapi terkapai-kapai mencari jalan. Saya juga telah membuat sedikit suntingan semula untuk menambah lebih banyak perisa dan maklumat agar ianya bersesuaian dengan konteks perubahan teknologi dari masa ke semasa. Maafkan saya kerana bahasanya sedikit pasar. 



1- Bila sebut sahaja Underground, perkara pertama yang terlintas difikiran adalah "bukan mainstream" which is partially true. Namun definisi Mainstream atau arus utama sesebuah industri itu juga sebenarnya adalah satu perkara yang subjektif kerana diluar sana juga terdapat banyak band band underground yang mainstream. Band Hujan/Meet Uncle Hussein adalah contoh band-band indie rock yang sudah mainstream.  

2- Apakah dia yang dimaksudkan dengan Nasyid DIY? DIY merupakan akronim untuk perkataan inggeris Do-It-Yourself ataupun bahasa melayu mudahnya, "Anda Boleh Menjayakannya Di Rumah Dengan Usaha Anda Sendiri Dengan Tiada Atau Pergantungan Minima Daripada The Establishment". Lebih mudah sekiranya saya menggunakan terma Nasyid DIY jika dibandingkan dengan Nasyid ABMDRDUASDTAPMDTE. Apakah dia The Establishment? Kita rujuk disini sebagai syarikat rakaman.

3- Kenapa syarikat rakaman? Kerana sekiranya anda menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman, apa yang anda perlu buat hanyalah mengeluarkan suara dan berposing dengan hensem. Urusan lain seperti penciptaan lagu, studio rakaman, pengedaran, percetakan dan sebagainya akan diuruskan oleh pihak syarikat rakaman. Dengan cara DIY, anda perlu menguruskannya sendiri.

4- Thread ini saya berharap dapat menjadi panduan asas kepada kumpulan kumpulan nasyid yang ingin mengeluarkan sesuatu dari mereka sendiri tetapi tidak mempunyai platform atau tidak mengetahui cara untuk melakukannya. Lets begin ataupun dalam bahasa melayunya, ayuh kita mulakan:

A- Penggubahan lagu dan lirik.

i- saya pasti ramai yang arif mengenai perkara ini tetapi mungkin ada yang tidak begitu pasti tentang struktur yang ada didalam sesebuah komposisi lagu. Sesebuah lagu mempunyai 3 perkara asas iaitu melodi, lirik dan susunan muzik.

ii- Formula asas yang selalu digunakan oleh seorang penggubah lagu adalah formula Intro - verse - chorus - 2nd verse - chorus - bridge - chorus - end. Perkara yang paling penting didalam menguji kekuatan sesebuah lagu adalah melodi chorus. Chorus pada kebiasaannya merupakan bahagian yang menjadi ulangan didalam sesebuah lagu. kerana rangkap inilah yang selalunya akan menjadi siulan pendengar. Pastikan chorus lagu anda sedap, catchy dan singalong.

B- Penggubahan muzik.

i- Ramai yang mempunyai masalah apabila tiba kepada persoalan muzik. Macam mana hendak buat muzik. Jika anda mempunyai kewangan yang stabil atau anak orang kaya, anda boleh mendapatkan khidmat penggubah penggubah muzik professional seperti Ali Yasin, Trabye atau Bard 2tone sekadar menyebut beberapa nama.

ii- Jika anda orang miskin, anda boleh dapatkan software software home studio yang berlambak dipasaran. Saya berikan sedikit contoh seperti Reason, Cakewalk atau FruityLoops/FLStudio. Saya sendiri menggunakan FLStudio. Luangkan sedikit masa untuk belajar software software ini atau dapatkan tutorialnya laman laman web mereka.

C- Merakam suara.

i- Berlatih bagai nak rak tapi hanya rakam didalam walkman aje. Bagaimana ingin merakam suara? Cara paling cikai adalah begini. Pastikan anda ada dua buah radio dan pastikan salah satunya boleh digunakan untuk merakam suara. ambil satu pita kaset kosong dan rakamkan diradio yang pertama manakala mainkan minus one anda diradio yang kedua. 

ii- Hasilnya anda akan berjaya merakam suara anda bersama dengan lagu minus one yang dimainkan melalui radio kedua tadi. Tetapi hasilnya tidaklah begitu memberansangkan. Sebelum berkenalan dengan software-software homestudio, saya menggunakan teknik ini untuk bereksperimen dengan pelbagai jenis harmoni.

iii- Cara kedua adalah dengan mendapatkan software software home studio yang boleh digunakan untuk merakam suara. Antara software yang paling popular suatu ketika dahulu adalah Cool Edit Pro atau nama barunya Adobe Audition. Untuk pengguna yang lebih advance anda boleh guna Cubase atau Protools (software yang selalu digunakan oleh studio professional).

iv- Atau, jika punya duit, boleh digunakan duit tersebut untuk menyewa studio rakaman. Antara studio yang kerap digunakan oleh penasyid adalah Platinum (raihan selalu guna), 2Tone (AllOne, Varian), ProDG (hafiz Hamidun) dan sebagainya. Untuk sound yang memang hebat untuk vocal group, saya sarankan ke Platinum. RM80 sejam jika tidak silap. boleh juga ke Koncept Studio di Taman Tun, White Noise di Pandan Mewah untuk rate yang lebih rendah.

D- Mixing dan Mastering?

i- Anda boleh buat mixing dan mastering secara asas dengan menggunakan software yang saya sebutkan diatas. Apa itu mixing dan mastering? Akan saya huraikan di entri yang lain.

E- Proses akhir

i- Burnkan lagu yang telah siap kedalam CDR. Dapatkan pelekat CD bulat kosong (jewel case stickers). Dekat lowyatt boleh dapat murah. Keluarkan sedikit duit dan print apa apa info minima diatas Jewel Case Stickers itu sendiri. Dekat Bormas printers ada perkhidmatan untuk print jewel case. tampalkan sticker bulat tersebut diatas CD yang telah anda burnkan lagu anda tadi.

ii- Ambil gambar dengan sopan dan suruh kawan kawan yang terer designing dan graphic mendesign cover dan jadikan cover product anda. Masukkan design tersebut dalam design jewel case untuk sleeve anda. Selalunya application ni ada dalam Software Nero (ya software untuk burn burn tu). Sekali lagi pergi ke Bormas dan suruh dia print colour. Baru RM1 sekeping.

iii- Untuk kotak CD atau jewel case, benda ni boleh dapatkan kat Mydin. murah aje. Rasanya RM1 sekeping aje. Beli banyak lagi murah.

iv- Balik rumah, gunting Sleeve anda dan masukkan kedalam jewel case yang anda beli. Dan masukkan CD anda kedalam nya. Nah dah pun siap produk pertama kumpulan anda sendiri.

v- Kos untuk kesemua sekali mungkin RM4-5 setiap keping. Anda boleh jual sebanyak RM10 untuk setiap keping. Nanti kalau ada Gig nasyid "underground" lagi, minta dengan penganjur untuk benarkan anda open table untuk jual CD anda dipintu hadapan. Mana tahu anda boleh jadi kaya macam Maher Zain.

4- Selamat mencuba. Cara ini bukan lah asing untuk band-band DIY diluar sana, malah saya sendiri pernah menggunakan kaedah-kaedah yang saya sebutkan diatas semasa Infinatez mengeluarkan demo pertama mereka yang bertajuk The Beginning pada tahun 2005. Hasilnya memuaskan. Sekali lagi, selamat mencuba.

7 comments:

  1. salam alaik...

    wah2.. canggih btul zmn skrg ek!! da ade studio y boleh disewa ntuk rakaman.. pakar-pakar gubahan lagu yang sifu2 belaka.. juga teknik2 rakaman y canggih-manggih blaka... pendek kata zmn skrg semuanya maju, moden dan canggih...

    mudah2an saya harapkan para pnasyid pun akan sntiasa canggih dan maju dr segi pngilhaman lirik dan susunan lagu.. sentiasalah merendah diri diatas kejayaan kalian kerna semua ni bkn dtg dr kita.. tp Kurnia ALLAH... jgn takut dgn tekanan masa, media dan masalah peribadi..

    walau bgerak solo atau bkumpulan sntiasa merendah diri untk mndpt bantuan dr y senior krm kita masih muda dan hijau lg dlm dunia seni...mudah2an kita semua sntiasan di bawah lembayung rahmat ALLAH..~AMIN~

    ReplyDelete
  2. hehe..teringin gak nk wt rakaman sendiri2 tp xda bakat buat lagu.nk tempah,mahal

    ReplyDelete
  3. To Halimah: Merendah diri merupakan elemen yang sangat penting. Tak kira baru atau lama.

    to Ami: ala bro, boleh cuba cuba buat sendiri je.. Lagipun software-software macam FL9 ni amat mudah untuk dipelajari.

    ReplyDelete
  4. kat mana nak dapat software tu ye?

    ReplyDelete
  5. boleh contact saudara benign sendiri kot...sy nye version lama skit, benign power, sound font pon berlambak2, ooopsssss

    bro, kate nak ajak bukak music entertainment company utk nasyid...ni ko explain kaw2 ni kang, abis semua grup nasyid wat DIY, xleh carik makan ko nnt, ooppsssss

    ehehehehe

    ReplyDelete
  6. To Along Safa: Boleh download kat internet bro.. Ataupun torrent download aje.. file dia agak besar. Tapi dalam banyak banyak, FL9 adalah yang paling mudah dan user friendly la bagi saya.. tutorial dia banyak boleh didapati melalui youtube.

    To Amir Erwan Khalili: Takpe bro, asalkan ada inisiatif untuk maju dan mengeluarkan produk.. lagipun software2 ni berguna juga untuk latihan latihan nasyid. e.g Adobe Audition untuk mengkaji harmoni. Lagipun kita kan berasal dari kumpulan RnB yang takde impak apa apa.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Mungkin sebab kita tak taruk nama grup kita
    "Im-Pact" kot, ataupon "ImpactZ" mahupun "Eem-Pack"...whatever la

    ehehehehe

    ReplyDelete

Followers