Tuesday, November 16, 2010

Tips Berguna Buat Penasyid: Mengkaji Harmoni.

1- Salah satu keseronokan menyertai sesebuah kumpulan nasyid bagi saya adalah keghairahan untuk mengenal dan mengkaji harmoni. Tidak boleh tidak, nyanyian vokal berharmoni adalah tarikan utama bagi seseorang itu untuk memulakan sesebuah kumpulan nasyid. Apatah lagi artis-artis nasyid yang menguasai dan mendominasi industri hari ini kebanyakkannya terdiri daripada kumpulan-kumpulan nasyid dengan selitan sekali sekala artis artis solo nasyid seperti Amar, Hafiz Hamidon atau Nazrey Johani.


2- Dibawah ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tips-tips mudah kepada anda yang berminat untuk mengkaji harmoni dan susunan vokal. Sebelum itu, biar lah saya terangkan secara ringkas apakah yang dinamakan sebagai harmoni.

3- Secara ringkasnya, harmoni adalah lapisan nota nyanyian atau lebih mudahnya lapisan melodi. Pada kebiasaannya apa bila anda mendengar sesebuah lagu nasyid yang dinyanyikan oleh sesebuah kumpulan, adalah menjadi kelaziman untuk mendengar nyanyian harmoni pada korus sesebuah lagu. Dengan sedikit penelitian anda akan mendapati lapisan melodi itu terdiri daripada dua atau tiga jenis melodi atau dengan kata lainnya dua atau tiga jenis suara.

4- Untuk lebih kesenangan saya membuat penjelasan, kita namakan melodi itu sebagai suara. Suara yang paling dominan selalunya adalah suara teras atau suara asas. Untuk membezakan suara teras/asas dengan suara harmoni, pada kebiasaannya suara teras adalah suara atau nyanyian melodi yang paling senang ditangkap oleh telinga seseorang pendengar walaupun dia tidak tahu apa itu harmoni. Suara teras/asas selalunya adalah yang paling nyata didalam sesebuah lagu.
5- Selepas mengenal pasti suara teras/asas, dengan sedikit penelitian anda akan dapati terdapat suara kedua yang lebih tinggi seakan akan suara wanita (bagi penasyid lelaki) dan seakan akan menjerit. Suara ini turut menyanyikan lirik yang sama dengan apa yang dinyanyikan oleh suara teras tetapi didalam note berlainan. Sekiranya anda boleh asingkan kedua dua suara ini, anda akan dapati bahawa kedua dua suara seolah-olah menyanyikan dua lagu yang berbeza. Suara ini didalam terma nasyid dipanggil "Second Voice" atau suara kedua.

6- Seterusnya terkadang anda akan mendapati terdapat satu lagi suara yang kedengaran lebih dalam, kelelakian dan rendah. Suara ini juga turut menyanyikan lirik yang sama tetapi berlari diatas melodi yang berbeza dari suara asas/teras dan suara kedua. Suara ini didalam nasyid dipanggil "Third Voice" atau suara ketiga.

7- Saya cadangkan anda mendengar album Puji-Pujian daripada Raihan dan cuba mengkaji setiap satu daripada suara-suara atau melodi-melodi yang telah dibincangkan diatas. Dikalangan penasyid, proses ini selalunya dipanggil sebagai proses pemecahan "line" atau harmoni. Line disini merujuk kepada jalur jaluran melodi yang perlu dipegang oleh seseorang penyanyi tersebut. Cuba beza dan pecah kan suara suara yang ada didalam lagu seperti Assolatuwassalam oleh Raihan. Selamat mencuba.

7 comments:

  1. Bro, I was in a nasyeed group for 5 years and couldn't comprehend neither the second nor the third. How do you expect others to learn in 7 paragraphs? Make a video demo of yourself doing voicing and paste it here :)

    ReplyDelete
  2. Mal: Dah banyak tutorial videos bertebaran dekat youtube. Kena rajin cari je...

    Sidek: Hehehe. No prob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ye,..boleh saya tau contoh tutorial videos di youtube yg ada? Ada link x? sbb saya dh try cari,tpi tetap x jumpa2,..hehe,.tolong ye...appreciate it very much! :)

      Delete
  3. Nice info

    Sebagai tambahan, utk mengelakkan harmonization yg agak monotonous, stereotype dan membosankan, cube dengarkan lagu2 acapella dan berunsurkan choir dari genre yg bukan nasyid

    banyak sgt grup yg bole dijadikan rujukan, The Gospellers, Jamaican Cafe, 14 Karat Soul, Take 6, Naturally Seven

    Jika berani dan agak berfikiran terbuka, cuba dengarkan acappella stuff dr lagu2 gereja, dengarkan bagaimana mereka menyampaikan alunan harmoni yg sungguh mengasyikkan, jgn la concentrate utk hayati lirik mereka pulak,

    sy sendiri mempunyai koleksi lagu2 christian yg agak banyak, takde pon sy nak masuk christian, tapi saya kaji muzik mereka sahaja

    mungkin anda2 semua boleh berkongsi juga sources utk harmoni ni, leh tuka2 info

    ReplyDelete
  4. lebih bagus penyanyi gospel atau gereja,.,nadanya lebih banyak dan bervariasi dibanding nasyid,.,buktikan kalau ga percaya :-)

    ReplyDelete
  5. klw ada komitmen dan minat, skejap jerr dpt kuasai benda nie.... kamal dah lima thun tpi xdpt... sye bru empat bln smua sye dah kuasai �� ... sye bkn nak riak tpi itu brgantung pada komitmen dan usaha

    ReplyDelete

Followers