Thursday, November 18, 2010

Nasyid Cafe: Generasi Nasyid Malaysia Yang Jengkel.

1- Generasi baru nasyid malaysia sangat membosankan. Ya, satu fakta yang tidak boleh disangkal. Kecuali beberapa kerat sahaja yang tampak ada usaha untuk menjadikan nasyid sebagai medan seni islami yang prolifik dan berstatus tinggi. Hari ini saya mencuri sedikit masa yang terluang untuk menyusur klip klip lagu lagu nasyid dari keluaran kumpulan-kumpulan nasyid generasi baru yang berlambak-lambak dewasa ini dan keputusannya menyedih kan.


 
2- Pertama sekali, saya ingin bertanya, apa yang menariknya tentang mengubah ejaan perkataan melayu untuk kelihatan seperti keinggerisan, sehinggakan hampir kesemua kumpulan nasyid generasi baru pada hari ini menggunakan formula tersebut? Kadang-kadang ejaannya tidak masuk akal apatah lagi sebutannya ejaan ejaan tersebut kadang-kadang tidak seperti yang ingin disebut pada asalnya. 

3- Telah menjadi satu trend juga untuk menggabungkan dua perkataan inggeris menjadi satu perkataan melayu. Apa yang gagal untuk difikirkan adalah maksud perkataan-perkataan yang digabung ini kadang-kadang salah dari segi nahu inggeris apatah lagi maksudnya. Kadang-kadang maksud nama kumpulan-kumpulan ini menjadi tidak masuk akal. Ini lah masalahnya bila penguasaan inggeris tidak seberapa tetapi tidak pula mahu merujuk kepada mereka yang lebih arif dalam bahasa tersebut. Memalukan.

4- Perkataan seperti One dan Heart adalah di antara perkataan yang sangat popular untuk dikepilkan bersama dengan perkataan lain untuk dijadikan nama kumpulan nasyid. All One, Saff One, Nur One, Feel One, Riz One, Mee One Tan, One Utama dan sebagainya. Letih dan kadang kala melucukan melihat bagaimana kumpulan-kumpulan baru hari ini boleh mendapat ilham untuk keluar dengan nama-nama yang sungguh tidak original ini.

5- Adakah ini yang dinamakan sebagai mengantarabangsakan nama dan menjenamakan kumpulan supaya lebih tampak antarabangsa? Atau agar nama kumpulan-kumpulan anda mempunyai 15 maksud yang berlainan?

"Dalam bahasa arab maksudnya ini"
"Dalam bahasa melayunya pula maksudnya ini"
"Dan kalau di pandang dari sudut ini, ianya perkataan inggeris yang bermaksud ini"
"Ia juga boleh dibaca dalam dialek Urdu"

6- Tidak pula kita dengar Raihan di eja dengan ejaan Ray-Hunt atau Hijjaz di eja sebagai He-Just atau Rabbani di eja dengan Rob-Bunny (Haha). Apa yang lebih melucukan adalah mereka-mereka ini boleh menghuraikan maksud nama kumpulan mereka sehingga boleh dibuat satu ceramah kecil. 

"Kami memilih nama Ray-Hunt kerana dalam bahasa arab ianya bermaksud haruman syurga. Dalam bahasa inggeris perkataan "Ray" bermaksud cahaya manakala "Hunt" pula bermaksud memburu. Jadi kami sebenarnya memburu cahaya ilahi"

"He-Just dalam sebutan melayunya Hijjaz adalah salah satu dari jenis bacaan bertarannum seperti Nahwan, Bayati atau Ras. Tapi dalam bahasa inggerisnya bermaksud Dia Adil. Dia merujuk kepada Tuhan. Nama kami menunjukkan betapa adilnya Tuhan kepada kita semua"

"Kami merompak arnab"

7- Ini semua adalah gejala tipikal pemikiran melayu. Janji bunyi inggeris semua dibelasah. Now See Heart, sekarang lihat hati. Feel Honey, rasa madu. Are Buddy, semua seorang kawan baik, In Heart, dalam hati dan sebagainya. Senarainya akan berterusan dan berterusan. We should now see heart before you and I feel honey because you and I are buddy, you will always be in heart. Classic ENGRISH. Tidak kedengaran seperti terencat akal kah?

8- Bagi saya senang sahaja, sekiranya memilih nama melayu, eja sahaja dalam bahasa melayu. Sekiranya memilih nama inggeris, eja sahaja dalam bahasa inggeris. Tak perlu lah hendak mencampur campurkan bahasa melayu, arab, tamil nadu, inggeris, jawa menjadi satu nama untuk kedengaran antarabangsa dan bervariasi makna. Kalau nahunya betul boleh lah juga dimaafkan, tapi sekiranya salah? Hanya menjadi gelak tawa kami kami di Nasyid Cafe. Sekian.

62 comments:

  1. Hoit.. ni apsal tak tidur lagi ni. :)

    ReplyDelete
  2. hmm .. paku dulang paku serpih..

    ReplyDelete
  3. Mengata.. mengata dulang paku serpih. Bukan paku dulang paku serpih.

    ReplyDelete
  4. tak la!

    dulang dengan paku mana boleh cakap. macam mana nak mengata. tak logik.

    ReplyDelete
  5. Paku dulang tu apa?? lagi tak masuk akal..

    ReplyDelete
  6. ok ok. back to the topic. i think that group Now See Heart, sebenarnya nama group dia Nasihat kot. Make sense tak?

    ReplyDelete
  7. Yup... tapi still classic engRish.

    ReplyDelete
  8. english yang tak english :)

    *paku dulang tu nama benda la. masuk akal tau

    ReplyDelete
  9. Benign bro, I think the idea is that when you have a bahasa inggeris it's supposed to be more appealing to the masses and it started out quite well. But later when it became contagious, it turned from some what appealing to simply appalling!

    ReplyDelete
  10. Benign, when are you goin to hand me a copy your Nasyid Classic compilation?

    ReplyDelete
  11. hehe, name grup aku pun depa letak dalam ni, tapi elok juga artikel camni, :) setuju ngan kritikan membina camni.

    ReplyDelete
  12. yo bro mmg hebat...apakta bro cbe ckp depan2 dgn group nasyid nie...klau berani la bro...hahaha

    ReplyDelete
  13. berani sangat... meh gua tepek sekor sekor. Gua bukan jenis baling batu sembunyi tangan. Kalau nama kumpulan dah mengarut ngarut, apa hujah yang depa ada? Dah terang terang salah grammar. Ridiculous.

    ReplyDelete
  14. Tuhan bagi muke so face 2 face...ad berani!!

    ReplyDelete
  15. solat ckup x?ckp pon gua2......nmpk sgt akhlak kita xke mna..masyaallah...

    ReplyDelete
  16. nm group feberet aku pun ade!!ape2pun,think postive!!tp agk krg stuju dgn tjuk entry anda..JENGKEL??hmm..apa2 hal,kalau x puas hti dgn nm group tu, ley face 2 face dgn group tu,mngkin anda boleh btolkan mn yg slh, ye lah.. no body perfect kan...

    P/S: Pelik..np group2 mcm inteam,brothers dll yg tlh lama bertapak kt msia anda x highlight dlm entry ni??np anda trus hightlight pd group yg bru wujud d msia ni??skdr bertnya...

    ReplyDelete
  17. ataghfirullahalazim........bro2...=)

    ReplyDelete
  18. aku sokong giler dengan pandangan kamu... dah lama aku benci giler ngan kumpulan2 nasyid cenggini.. muak dah.. sket2 honey, heart... nak termuntah aku.. lagu plak bajet hanyut.. arghh... jiwang2.. tak leh bla ar...

    nampak sangat artis2 cenggini tiada niat yang betul dalam hati mereka, nak memburu nama dan glamour semata... kalau camni lah pperangai mereka, pendekatan dakwah yang mereka bawa takkan mampu untuk sampai ke dalam hati para pendengar lagu2 mereka... harap2 kumpulan2 tersebut muhasabah semula niat sebenar mereka bernasyid... bukan sekadar nak harmonizing je, tapi hampeh takde sebarang motif dan pengisian...

    last2, nanti nama dah naek mula la tinggalkan team nasyid, join rancangan realiti, jadi femes, hilang pedoman dan arah.. terus bertukar wajah.. lupa dah dulu nak berdakwah konon.. mula pegang2 tangan pompuan.. buka baju.. konon nak jadi ikon.. rupa2nya hampas... aku memang benci giler ngan kumpulan nasyid yang hipokrit cenggitu..

    sori beb emosi sket.. mohon share beb.. untuk islam juga :)

    ReplyDelete
  19. 1- Ini lah masalahnya kalau ada manusia yang holier than thou. Pfftt.. Cakap gua lu pun takde akhlak. Nak suruh gua cakap ana anta antuma antum ke baru "berakhlak"?

    2- Woi dude, kalau gua berdepan pun apa yang depa boleh cakap? Oh bukan, nama ni bukan bahasa inggeris ni, ni bahasa german. Pfftt..

    3- You need to understand that this was not a stab to those yang guna nama bahasa inggeris. Tapi yang guna nama bahasa inggeris yang tak betul nahu.

    4- Macam bebudak In Heart tu, they were all my friends.. rilek rilek je aku tepek.

    ReplyDelete
  20. panassssss ker brroooooooo...hahahahahahahah.g amek air semyg nuh......

    ReplyDelete
  21. Haulid. Terima kasih kerana memberi pendapat. Tapi niat dihati mereka kita tak tahu. Kita tidak boleh bersangka buruk. Kita hanya boleh bersangka baik kerana itu lah sebaik baiknya dan dituntut didalam kehidupan beragama.

    Saya hanya mengkritik pada nama sahaja. Itupun kerana nahu yang salah. Saya tidak persoalkan perjuangan mereka. Hiburan Islami perlu wujud untuk memberi imbangan kepada hiburan hiburan bukan islami yang sangat banyak dewasa ini.

    Namun terima kasih kerana meluahkan pendapat anda disini. Saya amat menghargainya.

    ReplyDelete
  22. kubur laen2 broo...pandai2 pk la...klau Tuhan nak bg pahala kat bro alhamdulillah...tp klau sebaliknya...nauzubillah...nobody perfect..thanks 4 ur article.=)

    ReplyDelete
  23. takde panas pun dude. Gua gelak gelak je. Gua memang suka layan orang orang yang stereotype dan narrow ni.

    Kalau anda rasa nak defend sangat nama nama salah nahu inggeris ni, silakanlah. Kalau betul perkataan Now See Heart tu betul dari segi tatacara guna bahasa dia, gua terus minta maaf pada mereka mereka yang berkenaan. Apa takut.

    ReplyDelete
  24. haulid..yg berubah 2 kerana individu 2 sendri...kerna nila rosak susu sebelanga...so jgn benci dgn group2 nasyid yg ada k...sokong mereka...insyaallah ada antra mereka yg betol2 perjuangkan nasyid...skrg2nya ada usaha dari pemuda2 islam kita kearah hiburan islam dan menyampaikan msj2 positif....think about it=)

    ReplyDelete
  25. haulid : komen anda tidak menggambarkan anda seorang muslim yang baik..artikel ni bermaksud baik saya rasa TAPI KOMEN ANDA SANGAT MENGHAMPAKAN. SIAPA ANDA UNTUK MENILAI NIAT DI HATI PARA MUNSHEED ? MUHASABAH DIRI SIKIT..
    NAMA JER ISLAMIK!!! MEMALUKAN!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  26. Hehehe.. Bro, anda kena faham, apa kena dengan dosa pahala? Kritik nama yang sememangnya salah nahunya boleh dapat dosa ke?

    Sampai banjir kumpulan kumpulan baru pakai nama nama yang ludicrous macam ni. Tak laku lagi kah nama nama yang tak salah nahu atau nama nama melayu yang normal?

    Raihan, HIjjaz, Rabbani, Mirwana, Saujana, Jauhari, Haikal, Saljuk, etc etc takde pun tak sedap nama nama tu kan.

    Thank you for reading. Hehe

    ReplyDelete
  27. HOLID..KOMEN KAMU MELAMPAU!!!

    ReplyDelete
  28. Sabar-sabar. Jangan lah hanya kerana komen sedikit beremosi kita hendak suudzan (bersangka buruk) pada yang memberikan komen. Lupa kah kita bahawa Islam adalah agama kasih sayang dan toleransi. jangan cepat menghukum.

    Artikel ini ditulis disebabkan kebanjiran kumpulan-kumpulan yang menggunakan nama yang cincai. Kita bukan mengkritik perjuangan mereka. Perjuangan mereka perlu disokong dan dimartabatkan sebab kalau tiada mereka mereka ini maka siapa yang akan menyambung perjuangan seni secara islami.

    Tapi sudah sudah lah pakai nama yang pelik pelik.

    ReplyDelete
  29. huhu... sorilah ya kalau ada yang terasa... kalau bro nak delete, delete sajalah...

    ReplyDelete
  30. oraitt xpe broo...coz yg menilai amaln kita bkn manusia...tp Allahurabbi..Apepun doakan kesejahteraan umat2 islam dan saudra2 islam kita...sokonglah mereka dan perjuangan mereka selagi positif.thanx.out

    ReplyDelete
  31. hairan2..knp korng lbih tmpu kpd nama2 kump2 ni..npe x lbih tmpu kpd msej2 yg dorang smpaikan..
    skdr igtn..

    ReplyDelete
  32. Jangan risau sahabat... Saya takkan delete. Anda ada hak untuk menyuarakan pendapat.

    Mungkin komen anda sebenarnya adalah ujian kepada mereka mereka yang merasakan diri mereka lebih islam daripada orang lain.

    Menjatuhkan hukum adalah hak Allah semata mata. Lagipun pendapat anda, tidak semuanya salah. Macam lagu lagu cinta remaja yang sangat popular dikalangan peminat nasyid tu sememangnya jengkel pada pendapat saya. Nanti saya post kan satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman berkenaan lagu lagu cinta ni.

    ReplyDelete
  33. Anon 12:13. Cara pemikiran melayu memang macam tu. Kenapa perlu sangat persoal nama-nama tu. Apa ada pada nama ye tak. Tipikal pemikiran melayu yang tak kisah dengan benda benda kecil sedangkan kadang kadang benda benda kecil inilah yang boleh jadi first impression kepada tahap intelektualisme pemikiran melayu. Sekiranya anda mahu mengabaikannya, sila kan. Tapi saya tidak.

    ReplyDelete
  34. to haulid : npe mulut ko kurg ajar sgt smp cmni? mak bapak ko xajr ke? ko igt ko prfect sgt ke? npe? ko igt nama kump ko AL-HARRAR tu gempk sgt keeeee?????????? puiiiiiiiiiiiiiiii!!!! p balik zmn batu sna!!!

    ReplyDelete
  35. Anon 12:20. Sabar. Sabar. Apa kata daripada saudara saudari semua memberi komen/mencaci terhadap CARA beliau memberi komen, cuba patah kan hujah hujah beliau dengan hujah hujah saudara saudari yang lebih bernas. Boleh kita belajar sama-sama.

    ReplyDelete
  36. bro, npe x bubuh inteam, unic n lain kt cni? tkut kna saman ke????? wawawa

    ReplyDelete
  37. hm..sekurang2nya mereka bt hiburan b'unsur keagamaan....ttg nama kumpulan 2,xptg...yg ptg niat dorang! sntiasalah bsgka baik...jgn sngaja mcari kekurangan org...kritikan 2 ok,tp jgn b'unsur kutukan s'olah2 muak...ok..:-)

    ReplyDelete
  38. haulid : komen kmu kt atas tu utk ISLAM? beb, jgn burukkan ISLAM ble? Islam x ajar ko komen2 cmtuh..aku igt ko ni bckkround agama kn? bek tukar nama bro..buat malu ISlam je ko ni..

    ReplyDelete
  39. Anon 12:44. Kalau saya bubuh nama diorang, diorang nak saman saya atas dasar apa? Apa cause of action diorang? Mereka ada locus standi ke nak saman saya? Bawah akta mana dan bawah seksyen berapa? It's an article written in a very general perspective. On what basis? For showing that their names were grammatically wrong? I would easily crush them in court.

    Anon 12:46. Macam saya katakan, kita umat islam melayu ni memang takde intellectual class, sebab tu benda benda yang remeh ini main asal boleh dan asal sedap sahaja. Jadilah kita manusia manusia yang tak mampu berintellectual discourse dengan non malays apatah lagi non muslim. Jika anda mahu terus tangkap lentok layan lagu nasyid cinta cinta tepi radio, silakan lah.

    ReplyDelete
  40. haulid: salam shekh. kmu memang terBAIK... dari nama kumpulan yg kmu rsa 'kureng'..nahu bhsa nama kumpln yg cm hampeh knonnya.. kamu ble tau niat mereka2 ni...syabas2!!ilmu mna kmu blajar ni?

    sy jg tersenyum mmbaca artikel ni..skrg2nya dpt jga melihat view org lain ttg nasyid d Malaysia kini...pnulisnya hya mmbri pndgn smada kta brstuju atau tidak..it's up to us...:))

    tpuk dada tanya iman...
    bkn tya amarah ye en. haulid al-harrar..hehe..^^

    ReplyDelete
  41. Anon 1:07. Islam juga tidak ajar kita tegur seseorang dengan penuh suudzan. Dimana isi komentar Haulid itu yang memalukan islam? Ada dia membuat fitnah keatas islam kah?

    ReplyDelete
  42. Anon 1:11. Tak usahlah menyindir dengan nada sinis begitu wahai sahabat. Tegurlah dengan cara yang berhikmah. Memberikan sindiran sinis tidak memberi apa-apa faedah melainkan memalukan saudara seislam anda sendiri.

    Tapi kalau nak sindir saya, saya tak kisah. Saya baling batu tak sembunyi tangan. Hehe. Berani buat berani tanggung. Hehe. Berani sindir kenalah berani kena sindir balik. Saya open.

    Tapi sudah sudah lah nak mengkomen saudara Haulid tu. Tidak ada seorang pun yang mampu membalas isi kritikan dia melainkan seorang sahaja iaitu Anon 12:01.

    ReplyDelete
  43. rasanya anon ni orang yang sama je semua.. yang pelik asal la hot semacam... mungkin salah seorang anggota nasyid tersebut kut.. minta tampilkan diri.. hebat berhujah dibelakang tabir hanya mengundang emosi... kalau kenal saya boleh contact kat fb, kita sama bincang... jangan tinggal komen kat blog saya je.. klau setakat kutuk ni saya pon boley bagi lagi hangat daripada kamu anon...

    saya tak tuju perkataan saya pada mana2 team pun.. saya sekadar memberikan misal perkataan k... mungkin terasa sebab perkataan tersebut terkena pada nama team beliau...

    ReplyDelete
  44. astagfirullahal a'zim~....
    sma2 istigfar moga di jauhkan sgala suudzon dlm diri kita...~T_T

    ReplyDelete
  45. salam....

    erm... i read this article and i just wait for the comment... and... what i expected has come true... many people will comment either like it or hate it... but that's the reality... "manusia, adalah pantang di usik"!!
    am i right??? or correct me...

    to bro benign: thats true, we are malays and muslems, why not we use our real identity and culture.. dah kata pon "bahasa jiwa bangsa kan..." but.. at the same time jgnla guna bhs y agak "pedas" bila mngkritik, takut2 itu bknlah lahir dr hati y ikhlas, hanyalah amarah dan emosi semata...

    to haulid: yes... dah ramai pnasyid y mula mngubah haluan tp x semua... mngkin ini adalah satu pnyebabnya.. kononnya bnasyid tp sbenarnya lebih bjiwang karat.. tp bkn semua yng begitu kan... cth mcm abg yassin.. walaupon btukar genre, tp die ttap mmbawa mesej y sama... biarlah mereka y telah b'ubah hati tu diberikan hidayah agar brubah semula...sama2 kita doakan..

    to anon: jgn jd org y baling batu sembunyi tgn... apepon jua pandgn anda.. jgn la kita saling cabar-m'cabar... masing-masing ade hak bsuara.. suka atau x suka tpulang pd selera anda.. tp adalah lebih baik kalau x suka tu.. jgn dtambahi api lg.. takut makan diri...

    ok.. selamat berblogging.. bnykkan bsabar jgn ikut perasaan... saling hormat antara satu sama lain... salam....

    ReplyDelete
  46. Bagus artikel ni...
    sy pngurus Feelhoney...
    rsa agak lucu jga ye ayat tu..tpi sy taklah ter'hot'..walau nma kmpln di bwh urusan sy termasuk dalam artikel ni..hehe~

    stiap org ada pndngan sndiri dlm mnilai...sy mnerima dgn terbuka komentar ini dgn sng hati..hihi..:))

    wassalam~

    ReplyDelete
  47. Kepada Haulid: Takpe. Nak Anon pun Anon lah asalkan berikan pendapat yang cerdik dan bernas.

    Kepada Halimah: Terima kasih cik Halimah. Saya sangat menghargai pendapat saudari. Saya sendiri pun ada teremosi juga tadi. hahaha. Kepada anon anon, kalau nak beri pendapat cuba tiru macam cik Halimah kita ni. Tepat kepada isi komentar Encik Haulid.

    Kepada Hanz: Terima kasih kerana sudi melawat dan meluangkan masa membaca. Barakallahufik.

    ReplyDelete
  48. to hanz sensei - saya minta maaf sebab mengeluarkan komen sebegitu.. secara tidak sedar terkena pada team kamu.. saya tau lagu2 kamu tiada unsur jiwang, dah dengar dah.. best2.. walaupun tajuk mungkin agak jiwang.. lagipun kita sama apium.. pasni nak minta tunjuk ajar dari kalian.. asif jiddan... ~.~

    ReplyDelete
  49. benign: smoga Allah merahmati kamu juga shbt ats usaha ini utk mmrtbtkn nasyid sbgi media dkwah...Trima Kasih~^^

    haulid: hehe...sy bru trbca jga. sy bkn slh sorg dri mrk berlima yg menyanyi, sy dh anggap mrk mcm kuarga sndiri. mgkin ada mrk komen kt cni as anonymous..tpi sy tak psti yg mna..tu x pnting...kalo nak discuss, kta ble duk smja..wt usrah nasyid pun xpa..hehe~:)

    ReplyDelete
  50. Hanz: Terima kasih wahai sahabat. Sekiranya anda ingin mempromosikan show atau lagu atau album artis dibawah pengurusan anda, sila sila lah hubungi saya. Saya akan cuba mempromosikannya sebaik mungkin. Walaupun nama kumpulan saya kritik, perjuangan seni islami kalian tetap saya sokong dan dokong.

    ReplyDelete
  51. benign: owh..satu pluang yang baik sahabat.. Tengah menunggu big boss Halim release album Nasyid Indie Vol.2..Moga dipermudahkan prjuangn seni islami ini..Syukran ya sahabat~:)

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum,

    Ya sahabat, nice one, entry yg sgt menarik...kepada grup nasyid yg terasa, rilek ah, aku minat gak In-Team, dan aku rase, ade sesetengah grup tu, samada mmg btol2 poyo, atau diorg sendiri pon mengikut je, nak market la katekan

    aku pnah berada dalam situasi yg sama jugak, sampaikan aku pon pnah nak buat nama grup yg macam tu..seb baik tak jadi, malu gak aku sebenarnye, ehehehe

    btol jugak, kritikan tak semestinya utk menjatuhkan, ramai sahabat2 kumpulannasyid merupakan sahabat saya dan benign, In-Team sy anggap sebagai tok guru saya, In-Heart member2 jamming gak tu, jika ada kesempatan, kami juga akan memberi sokongan kepada aktiviti2 nasyid, sekiranya ada masa terluang, macam Nasyid Gig Underground and others...teruskan sokongan kita semua ya?

    teruskan menulis sahabat...kawan2 lain, teruskan memberi komen

    ReplyDelete
  53. Sya wakil Kumpulan Nur One Nasyid Group..terima kasih atas artikel tersebut...sbnrnya group kami sepakat nk gna nma yg telah lma kitaorg guna sejak dari belajar di unvrsiti dan nme group yg mle2 kami dipertemukan dan ada nilai sentimental value org kta...cewahh..so kami teruskan jela wlaupon mmg realiti agk rmai yg familiar dgn bunyi n style cm2...mmg ada niat dihati ingin menukar nma tp memikirkan pendengar2 diluar khususnya pelajar universiti sudah terbiasa dgn nme group kami jd kami teruskan..insyaallah Tuhan akn menolong hamba2nya yg berusaha menyampaikan agamanya wlau ape cra sekalipun.insyaallah kami xakn tergugat sedikit pun dgn ape2 bahan yg mengkritik kami.apepun satu artikel yg baik..teruskan.cme sedikit pesanan agar menegur dgn perkataan yg lebih seswai lg..k ya.sesama kita xde hal lah.(^^,)

    ReplyDelete
  54. Minta izin mengcopy paste artikel tuan di blog saya http://www.alongsafa.com

    ReplyDelete
  55. Unlike Halimah's World, I didn't expect this from fellow nasyidians... Maybe I'm still living in lala land... la la la...

    ReplyDelete
  56. Dekat 9 tahun, baru Saya terjumpa post ni. Terbaik penulisan brother benign hafeez. :)

    ReplyDelete

Followers