1- Dikala ini sahabat saya dari kolektif nasyid underground sedang rancak menguruskan satu pertandingan nasyid underground dimana kumpulan-kumpulan baru berpeluang untuk menghantar klip klip persembahan mereka untuk dinilai sebelum 6 kumpulan daripada kumpulan-kumpulan yang menghantar klip dipilih untuk mengadakan persembahan yang saya percaya akan dinilai oleh juri.
2- Sambutan saya percaya amatlah menggalakkan, semoga berjaya saya ucapkan kepada kumpulan-kumpulan yang bertanding. Ini bukan sahaja menunjukkan bahawa generasi baru hari ini proaktif malah mempunyai apa yang diperlukan untuk menyambung perjuangan mereka mereka yang terdahulu.
3- Saya seperti biasa akan memberikan komen-komen kepada setiap klip klip yang dihantar. Walau tidak mempunyai apa apa kelayakan formal, sebagai pendengar biasa, saya kira saya masih mempunyai hak untuk membuat penilaian sebagai seorang pendengar. Namun sejauh mana kumpulan-kumpulan ini mampu menerima kritikan? Itu terserah dan terpulanglah kepada kumpulan itu sendiri. Namun yang membuatkan saya ketawa terbahak-bahak bersama rakan-rakan adalah peminat peminat fanatik mereka yang begitu membela kumpulan kegemaran mereka. Perhatikan screencap dibawah.
klik gambar untuk imej yang lebih besar |
4- Renova merupakan salah satu kumpulan yang saya kira layak memenangi pertandingan itu kerana susunan harmoninya sangat baik pada pendapat saya. Untuk ada gelinciran harmoni dan pitch yang tidak kesampaian itu saya kira perkara biasa. Saya juga pernah menyaksikan persembahan mereka secara live di gig nasyid underground tempoh hari.
5- Saya seperti biasa akan meninggalkan komen untuk tatapan kumpulan itu sendiri, bukan apa, agar mereka dapat memperbaiki geliniciran-gelinciran yang terdapat semasa mereka membawa lagu tersebut. Tetapi lihat lah betapa pantas nya pembela-pembela kumpulan ini tampil untuk menepis segala kritikan yang dilemparkan. Ada seorang pengkritik juga disindir mahu jadi Paul Moss.
"adui ni lg 1 ni..kalah paul ni huhuhu..."
6- Yang melucukan, ada pula yang mencabar saya keluarkan video bagi menunjukkan kemampuan saya. Adakah untuk mengkritik dan menilai sebagai seorang pendengar yang mahu melihat generasi nasyid hari ini menjadi lebih bagus perlu membuktikan kebolehannya dahulu sebelum beliau boleh mengkritik dan memberikan pendapat? Oh ya, yang mencabar itu juga adalah seorang anggota kumpulan nasyid (bukan ahli Renova).
7- Mentaliti. Mentaliti. Mentaliti. Mentaliti beginilah yang sebenarnya akan membunuh prestasi dan daya tingkat maju seseorang yang lain. Anda tahukah yang perbuatan anda itu sebenarnya menyekat kemajuan kumpulan-kumpulan nasyid generasi hari ini? Adakah setiap kritikan itu perlu dijawab dengan cabaran? Kalau begitu, tak usahlah sesiapa pun menegur. Akhirnya nasyid itu dibunuh oleh sibuta, situli dan sibisu.
8- Apa-apa pun saya berharap agar Renova layak ke peringkat seterusnya kerana anak-anak muda ini sememangnya mempunyai bakat dan suara solo persis Broery Marantika.
8- Apa-apa pun saya berharap agar Renova layak ke peringkat seterusnya kerana anak-anak muda ini sememangnya mempunyai bakat dan suara solo persis Broery Marantika.
Renova ni kumpulan mana, bro? Bila di google yang kuarnya 'Renova skincare and sun protection'.
ReplyDeleteTapi pape pun payahlah kalo tak bole ditegur. Setakat manalah 'kebagusan' diri kita nie sehinggakan pantang ditegur.
1- Ni kumpulan baru Mal.. generasi baru. Masalahnya yang dok mempertahan secara membabi buta tu adalah peminat-peminat. Kalau kritikan tu takde asas mungkin takpe lah. ini teguran yang baik-baik.
ReplyDelete2- Mentaliti tak empuk bak kata orang kelantan (ayat feveret kau punya Puan Haniza UniKL). Mentah.
3- Dan satu masalah juga bila penasyid tu sendiri pun berfikiran seperti peminat. Hang boleh check kat my facebook bro pasal kumpulan ini.
4- Aku actually takdelah kisah sangat dengan peminat yang defend. Dah lumrah peminat memang mentaliti dia macam tu. Tapi bila ada ahli kumpulan nasyid pun bermentaliti macam tu, aku gila dissapointed lah.
5- Tapi provokasi yang menarik untuk my blog. Mana tahu leh dapat 60 komen lagi ke.. hahaha
Puan Haniza favret aku, eh? heh!
ReplyDeleteKlo macam ni lah gayanya, nampaknya mesej nasyid tu sendiri tak sampai pada pendengarnya mahupun pendendangnya... ke memang nasyid la ni dah takde mesej pun? Ke mesejnya terlalu diselaputi ayat yang berbunga-bunga sampai tak paham apa mesejnya? Ke irama pop dan baladenya terlalu dominant sehinggakan orang sibuk layan irama je?
Silap-silap kang nasyid ni jadi suatu bentuk "form" jer tanpa sebarang "substance"... peminat pun meminjam kata ko tiada beza dengan peminat Lady Gaga...
Dah tua-tua ni, kurang-kurang lah provoke orang bro. Hehe
well Mal, bak kata Eric Bischoff, bekas penerbit eksekutif/presiden World Championship Wrestling (WCW), Controversy Creates Cash. Hahaha.
ReplyDeleteControversy is only dreaded by the advocates of error - Benjamin Rush
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletemnghilang sbentar.... ada kerja y perlu diutamakn... mlihat entry tbaru ini....
herm....
ape y boleh saya ulaskan disini... saya sgt kasihan pd pngkomen perempuan itu.. knapa??? mereka x tau seni itu bkn dr segi suara shj.. teknikal jua harus dilihat...
suara y baik tapi tiada kfahamn ttg cara mnguruskannya jua adalah rugi kerana kita bisa mberikn suatu prsembahan y baik disamping mnyampaikn mesej utama kita...
walaubagaimana pun bukan semua org berpeluang mndapat ilmu ini.. jd saudara bnyk2kan bsabar.. kalau kita mahu mberi sesuatu.. kita jua harus menerima sesuatu.. samaada buruk atau baik.. kita harus terima dgn pasrah... ok??? teruskn mberi nasihat y bguna... mudah2an ALLAH berikn kita semua ksabaran mnghadapi ujiannya... ~AMIN~
Cik Halimah: Saya paling suka komen anda yang ini:-
ReplyDeletesuara y baik tapi tiada kfahamn ttg cara mnguruskannya jua adalah rugi
tepat sekali!
Bila penasyid sendiri sudah tidak memahami falsafah nasyid itu sendiri; ibarat teraba2 ketika berjalan di bawah suluhan lampu; akan sentiasa memberikan pandangan2 yg jumud dan bersifat peribadi...
ReplyDeleteHakikatnya karya yg baik itu adalah apabila ianya membawa kita dekat dgn Tuhan...
saya setuju sangat Abang Zaidi. Terima kasih kerana sudi melawat. Barakallahufik.
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteseronok plak baca blog awak ni..
posting2 yg sgt menarik.
saya juga peminat nasyid tapi saya bukanlah peminat tegar.
sungguh pun begitu, saya tak sanggup untuk menjadi sibuta, situli, & sibisu.. :)
mohon izin untuk promo program bersama DMENC
DMENC merupakan salah satu kumpulan nasyid (yang saya kira underground) & lama bertapak di Johor. (sila abaikan nama yang tidak mengikut piawaian awak. :p)
http://www.facebook.com/?tid=1667002326136&sk=messages#!/event.php?eid=157908634253424
Cik Hani.. Saya tetap akan promosikan apa sahaja aktiviti kumpulan nasyid hari ini tak kira nama mereka sembrono atau tidak.. Saya hanya tegur nama yang saya rasa tak masuk akal sahaja dan bukanlah perjuangan mereka. Perjuangan-perjuangan tetap akan mendapat tempat di Nasyid Cafe.
ReplyDeleteSaya sebenarnya dah lama mengikuti perkembangan kumpulan Dmenc ini..
Camane nak pronounce Dmenc ni?
ReplyDeleteDimensi i guess...
ReplyDeleteOooo... creative. Kind of remind of the rock bands of early 90's... Mesti lagu tangkap leleh nie. Apa lagi bro, interbiu lah. Takkan Wildan jer... hehehe ;p
ReplyDeletePenasyid / Penyanyi perlu terbuka untuk mendengar kritikan sepertimana mereka sendiri punya 'rasa" kritik yang sgt kuat.. kritik untuk menjadikan mereka lebih baik..jika lemah, terima kelemahan..anda sedang "belajar", masih di garisan permulaan....
ReplyDeleteSangat benar encik dari kumpulan Rast.. eh... hehehe.
ReplyDeleteGuna peluang untuk progress dengan positif dan tunjukkan dengan kemampuan bahawa kumpulan-kumpulan ini mampu menjadi lebih bagus, bukannya dengan membantai pengkritik.
Ini baru kena tegur dari blog picisan seperti Nasyid Cafe. Belum kena terjah oleh Naz Melodi atau Zubir surat khabar tu lagi.
Yes... ko memang masih picisan B9 (Jangan marah ini cuma kritikan - harus disahut sebagai cabaran) Ahakss...
ReplyDeleteMana ada picisan.. ini blog islamik tau, kalau picisan sekalipun yang penting mesej dan kandungan dia ultra islamik... kalau berani, komen depan depan la... jangan berani nak komen dibelakang tabir je.. ini menghina islam ni...
ReplyDeletehahahahahahaha oh the ironi. Its so much fun.
Kenapa perlu berdepan-depan? Tak cukupkah aku menyatakan pendapat di sini? Apa blog tak memadai? Tak puas hati? Mu nak gocoh???
ReplyDeleteKlo takleh komen, tutup je ruangan komentar ni.
Ooh yes, the irony ;p hehe