1- Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman. Hari ini saya ingin memberikan sedikit pendapat yang mungkin boleh sama-sama kita renungkan dan fikirkan. Insya Allah semoga kita bersama-sama beroleh manafaat dan faedah darinya. Pendapat ini hanya lah pendapat dan ianya bukanlah satu fatwa yang tidak boleh diperdebatkan. Di Nasyid Cafe pintu ijtihad (berpendapat) sentiasa terbuka.
2- Nasyid, Nasheed atau Anasheed, bagaimana ia dieja bergantung kepada faktor geografi tetapi ianya membawa maksud yang sama iaitu hiburan dalam islam. Ianya bukan lah maksud nya secara literal tetapi sekadar pemahaman umum, nasyid adalah hiburan islam, nyanyian kerohanian yang islami. Memerlukan hiburan adalah norma atau fitrah manusia dan ianya merupakan anugerah Allah yang seharusnya dihargai dan difahami selama mana ianya tidak melalaikan.
3- Apa itu fitrah? Fitrah bermaksud semula jadi. Ianya sememangnya tersedia ada tertanam didalam diri manusia. Sebagai contoh, keperluan untuk makan adalah fitrah. Ianya ada didalam diri manusia secara semula jadi dan tidak terbentuk dari ajaran atau keadaan. Kita tidak diajar untuk makan tetapi diajar cara dan apa untuk dimakan. Setiap makhluk perlukan makanan. Itu fitrah. Hiburan adalah fitrah. Kita tidak diajar untuk berhibur tetapi kita ingin dihiburkan secara semula jadi. Kita bersiul sendirian, menyanyi sendirian. Kenapa? Kerana nurani kita perlukan hiburan. Itu fitrah. Semulajadi.
4- Apa yang dimaksudkan sebagai hiburan? Apa sahaja yang boleh membuat manusia merasa gembira, tenang dan tidak merasa kesunyian walaupun bersendirian. Kucing dipelihara kerana ia menghiburkan. Pakcik-pakcik di kampung memilih untuk membela bintang seperti lembu atau kambing kerana ianya menghiburkan. Ya. Itu juga dinamakan hiburan.
5- Apa yang saya faham tentang hiburan islam. Hiburan islam adalah apa sahaja bentuk hiburan yang mempromosikan islam. Hiburan dalam islam pula adalah persepsi agama terhadap hiburan. Hiburan islam dan hiburan dalam islam adalah dua perkara yang berbeza. Hiburan islam mempunyai panduannya sendiri manakala hiburan dalam islam turut mempunyai panduan cuma ianya lebih luas. Hiburan dalam islam terbahagi kepada hiburan islami, hiburan bukan islami dan hiburan yang tergolong daripada dua bahagian tersebut.
6- Apa yang dimaksudkan sebagai melalaikan? Kata mudah baginya adalah hanyut sehingga melupakan tanggung jawab agama. Dunia boleh melalaikan dan apa sahaja isinya juga boleh melalaikan daripada perkara semudah menikmati sepinggan nasi sehingga kerja dan tugasan. Hiburan islami, bukan islami dan bukan keduanya semuanya mempunyai potensi untuk melalaikan.
7- Adakah hiburan itu haram? Jawapan saya tidak. Hiburan itu asas dan penilaian sejauh mana sesuatu asas itu jatuh hukumnya haram adalah iman kita sendiri. Hiburan adalah subjektif dan hiburan tidak akan definisi khusus. Sesuatu boleh menjadikan diri seseorang itu terhibur tetapi mungkin tidak pada orang lain. Ianya tidak ada ketetapan. Yang ada ketetapan adalah diri sendiri. Anda boleh terlalai mendengar lagu rock atau black metal tapi pada orang lain mungkin tidak. Begitu juga nasyid. Anda mungkin tidak lalai dengan nasyid tapi mungkin orang lain boleh lalai (saya percaya ramai yang terlalai). Jawapannya diri sendiri.
8- Ianya kembali kepada diri sendiri dan pemahaman terhadap tanggung jawab insani kepada Allah. Walau seseorang itu sedang dibuai lagu atau muzik seindah atau sejahat mana sekalipun, sekiranya beliau memahami tanggung jawab itu maka hati beliau akan secara automatik menarik dirinya keluar dari hiburan untuk menunaikan tanggung jawab agamanya. Sejauh mana seseorang itu mampu untuk menarik dirinya keluar daripada alam hibur itu, maka ia berbalik kepada diri sendiri. Dalam hal ini, didikan awal juga memainkan peranan penting.
9- Apa sahaja yang ada didalam dunia yang fana ini boleh melalaikan sekiranya tidak berhati hati dan bukannya sekadar lagu dan muzik sahaja. Pemahaman dan kesedaran merupakan elemen yang paling penting didalam hal ini. Dan sebagai seorang muslim seseorang itu perlu tahu dan sedar dimanakah had dan batas yang tidak perlu di lampaui. Persoalannya adakah kita sedar dan tahu? Jika ingin menguji tahap iman diri sendiri maka inilah ujian yang terbaik.
10- Islam adalah agama fitrah dan ianya menyusur dengan sempurna seiring dengan fitrah manusia. Ramai yang gagal memahami konsep ini. Islam bukan setakat agama hukum hakam dan halal haram tetapi ianya agama yang selari dengan keperluan dan apa yang terbaik buat manusia. Untuk membincangkan konsep agama fitrah, kita perlu pula mengupas dengan lebih lanjut apa yang dinamakan keperluan dan apa yang dinamakan kehendak. Untuk itu kita sambung ke perbincangan yang lain.
salam....
ReplyDeletesuatu artikel penuh pngisian dan kefahaman... mngkin ramai y memiliki pendapat yang sama iaitu nasyid itu hanya perlu bila:
1) lepas azan...
2) bila ada perkara yang menginsafkan..
(erm... ini yang biasa la... saya x kata semua org mcm tu)
dan penerangan diatas sebenarnya telah mngajar kita bahawa hiburan itu bkn sekadar hiburan... ia sebagai peringatan, panduan, pedoman... tp dgn kecanggihan alatan muzik skrg.. seperti keyboard.. dan alatan2 lain y extra canggih dr apa yang saya tahu... jd muzik nasyid sekarang mnjadi bertambah "sedap" dan "enak" untuk didgar... namun y paling utama ialah mesejnya... diharapkn jua pd pnasyid skrg.. jgnlah tlalu mmentingkan bunyi y sedap atau lirik lagu y tlalu mngikut khendak pndengar... utamakn khendak ALLAH dahulu, baru manusia k.... SELAMAT BERKARYA semua....
Pendapat yang baik. Rencana diatas ditulis sebenarnya sebagai tindak balas kepada pemahaman yang jumud tentang hiburan dan pertalian diantara hiburan dan manusia. Kenapa Tuhan menganugerahkan keperluan untuk berhibur kepada manusia.
ReplyDeleteIslam itu adalah agama fitrah... Amat benar. Akan tetapi fitrah itu juga perlukan panduan dan di situlah pentingnya agama. Kerna fitrah itu amat subjektif dan seperti juga moral ia mungkin berbeza dari tempat ke tempat, budaya ke budaya. Fitrah manusia itu juga pelbagai. Apa yang boleh diterima di sini belum tentu boleh diterima di sana, vice versa. Disebabkan ini Islam menetapkan suatu standard atau piawaian bagi fitrah manusia; dan disebabkan ini jugalah Islam menetapkan panduan dalam berhibur yang mana kita semua harus cuba memahami. Lalai dan "lagho" itu sesuatu yang ditegah dalam Islam sebab itu Islam dan para ulama' menetapkan garis panduan. Hal ini turut terpakai dalam hiburan supaya kita semua dapat dicegah dari kelalaian.
ReplyDeleteKalau kita sebagai contoh tahu bahawa terdapatnya suatu lubang yang dalam dan besar, masakan mungkin kita akan bermain dan meniti ditepi lubang tersebut kerana takut-takut akan terjatuh pula. Begitu juga Islam dan para ulama'nya, panduan-panduan ditetapkan supaya kita tidak terjatuh di dalam lubang kelalaian tersebut.
Saya ni pun bukannya betul sangat, cuma berpesan kepada kebaikan.
pendapat yang baik Ustaz Kamal.
ReplyDelete