Tuesday, November 23, 2010

Nasyid Cafe: E Book Dunia Nasyid Terbitan StudioKini Media.

1- Suka saya untuk mempromosikan E Book terbitan Studio Kini Media ini. E Book ini bertajuk Dunia Nasyid: Perkembangan Nasyid (Era Al-Arqam-2010). Mini E Book ini mengandungi 25 muka surat dan ditulis sepenuh nya didalam bahasa melayu. Ianya boleh dimuat turun secara percuma di Blog Studio Kini

2- E Book ini menyusur sejarah dan perkembangan nasyid secara kontemporari daripada zaman Al Jawaher ke zaman Putra-Putra Al Arqam kepada zaman Nada Murni dan The Zikr sehingga ke era gelombang nasyid underground yang agak popular di sekitar Lembah Kelang khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya dewasa ini.

3- Ianya merupakan satu E Book yang menarik buat anda-anda yang berminat untuk mebaca sejarah perkembangan nasyid di Malaysia secara ringkas. Walaupun E Book ini agak ringkas namun ianya mempunyai maklumat-maklumat yang baru buat peminat-peminat nasyid di Malaysia era millenia ini. Saya yakin, dari masa ke semasa pihak Studio Kini pasti akan membuat Revised Edition untuk memberikan lebih sentuhan kesempurnaan didalam E Book ini.

4- Yang pasti, ianya menjadi rujukan sampingan buat saya juga didalam menyediakan entri-entri The History of Contemporary Nasyid in Malaysia. Anda juga boleh terus memuat turun E Book tersebut dibawah.

No comments:

Post a Comment

Followers