Wednesday, October 27, 2010

Nasyid Cafe: Menulis Didalam Bahasa Kebangsaan.

1- Assalamualaikum, salam 1Malaysia dan salam sejahtera. Sari berita penting. Tak ubah seperti pembaca berita yang mantap lagi berkaliber bahkan kacak dan gagah bak Farid Ismeth Emir membaca berita di RTM.  Terkejut? Apa? Nasyid Cafe dalam bahasa melayu? Apa yang telah berlaku? 

2- Untuk entri kali ini, kami di Nasyid Cafe telah membuat keputusan untuk menulis didalam bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dengan tulisan rumi. Malang sekali kami tidak mempunyai papan kekunci untuk menulis dengan menggunakan tulisan jawi. Sekiranya blog ini ditulis dengan menggunakan tulisan jawi, mampukan saudara dan saudari membacanya? Sekiranya saudara dan saudari tidak tahu membaca tulisan jawi, bagaimana agaknya saudara saudari membaca  Al Quran? Tepuk dada tanya lah Iman.

3- Apa kah mimpi penulis-penulis Nasyid Cafe secara tiba tiba entri kali ini ditulis didalam bahasa melayu? Padahal sekiranya Nasyid Cafe ingin ditulis didalam bahasa melayu maka patut sahaja kami teruskan blog berbahasa melayu kami sebelum ini iaitu AnNasyid yang sudah tidak berpenghuni lagi itu. Jawapan kami sangat mudah; tiada sebab.

4- Kami tahu ada segelintir di kalangan para pembaca yang terpaksa mengambil sedikit masa untuk menghadam kandungan-kandungan Nasyid Cafe yang ditulis dengan bahasa Inggeris yang belum tentu tepat nahu dan shorafnya itu. Jadi untuk merehatkan mata, maka entri ini ditulis dalam bahasa melayu. Entri - entri lain yang telah dijadualkan setiap dua hari sekali sehingga hujung tahun ini masih lagi kekal didalam bahasa inggeris. Anggap sahaja ini sebagai selingan.

5- Apa cerita terbaru? Seekor kucing yang suka menceroboh bilik kami untuk memohon mendapatkan makanan pada setiap malam sehingga terpaksa kami ambil kucing itu sebagai kucing angkat kami. Selain daripada itu, lagu Rabbani, yang juga lagu kegemaran kami dewasa ini, Kejora Sinar Zaman masih lagi mengungguli carta Ikim.Fm. Lagu tersebut sememangnya layak untuk berada disitu. lagu lagu lain dari Far East dan Saujana yang juga turut berada di kedudukan yang tinggi didalam carta sudah agak generik untuk telinga kami yang lebih selesa dengan mainan alatan muzik yang minima ini.

6-   Didalam mencari bahan bahan untuk dimasukkan kedalam blog ini, kami dihubungkan dengan pelbagai artis artis nashid luar negara yang tidak kurang hebatnya. Sebagai contoh kumpulan nasheed Iman daripada Afrika Selatan yang pernah kami tampilkan sebelum ini. Kami tidak menyangka yang saya akan menjumpai kumpulan tersebut.Lagu lagu mereka sememangnya sesuai untuk pasaran Malaysia.

7- Ketika dalam perjalanan mencari bahan bahan untuk Nasyid Cafe juga lah kami menyedari bahawa betapa kurangnya sumber sumber internet untuk hiburan islam dan nasyid. Kami merasakan bahawa perlu ada lebih banyak blog blog atau website website untuk mempromosikan hiburan islam keseluruh dunia.

8- Bercakap tentang sumber hiburan islam, suka juga kami ingin memaklumkan tentang pelancaran TV Hijrah oleh RTM mungkin untuk bersaing dengan TV9 dan Astro Oasis sebagai siaran televisyen berbentuk Islamik yang terkemuka di Malaysia.

9- Walau apa pun, kami amat berharap agar tuan dan puan gembira melayari Nasyid Cafe ini dan turut berharap agar tuan dan puan akan terus mengunjungi kami lagi di masa masa hadapan. Salam 1Malaysia dan Assalamualaikum.
Benign
www.nasyidcafe.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Followers