Monday, December 6, 2010

Nasyid Cafe: Nasyid DIY part 3.

PROMOSI. Macam mana cara nak buat promosi. Sebab takde label yang support so promosi kena buat sendiri.




Penetrable Markets.

MARKET SEKOLAH:
Pergi kawtim dengan cikgu jaga koperasi untuk benarkan anda letak beberapa keping CD anda untuk dijual. Kalau korang group nasyid lelaki, target sekolah agama pompuan, sebab remaja pompuan suka beli benda benda macam ni and tak berkira sangat, janji kasi photoshop muka korang jadi cerah dan hensem sikit. Letak 10 terus habis wa cakap lu.

MARKET KEDAI KASET CERAMAH PAKCIK MAKCIK:
Ni kena pergi kawtim la ngan towkey kedai. kasi deal la ngan dia. suruh dia tolong jual RM12 sekeping, RM8 you ambik yang balance kasi dia lah. Muka kena tebal sikit. tapi kena ingat, ini cara DIY. Cara underground. Ingat, jualan melalui pihak ketiga haruslah kena lebih mahal sikit dari harga beli dari korang sendiri. Kalau tokei kedai jual letak RM12, kalau beli ngan korang sendiri letaklah RM10.

SHOWS:
Setiap kali ada show jangan lupa bawak 10 keping. Kasi korang punya PA untuk open table and jual CD tu untuk orang ramai. Ini sangat berkesan kalau buat persembahan untuk motivasi sekolah sekolah menengah. Budak budak remaja seronok sikit jumpa artis yang dah ada album ni. Gerenti lepas la duit minyak. Setiap kali show tau. Kalau korang asyikd dok bosan sebab asyik dapat show bayar sikit, otak kena ligat. Cari side income dengan jual CD korang sendiri. Jual 10 keping dah dapat RM100. Sapa mau kasi.

Cara promosi:

NETWORK
pasti korang ada MYSPACE music atau Facebook atau Frienster atau apa sahaja untuk menyenangkan orang approach korang. Ramai bands underground malaysia yang berjaya menarik minat label luar hanya melalui Myspace. Kena rajin komunikasi je. Selalu update dan selalu reply mesej orang. Build your fanbase.

MUSIC
pastikan ada tempat orang boleh preview lagu korang. Boleh upload lagu korang kat myspace music. Ada bebrapa pilihan lagi yang bagus bagus untuk korang guna. Soundclick.com pun bagus. amp.channelv.com pun bagus untuk letak lagu.

IMAGE
Buat video clip cikai cikai pakai phone pastu taruk dalam Youtube. Letak la sebagai respon pada page youtube yang banyak orang lawat. Katakanlah clip raihan banyak orang lawat, korang letak la video korang sebagai as respond kepada klip tu. So automatically klip korang akan dipromosi jugak dalam page untuk klip raihan tu.

OLD SCHOOL
kalau nak buat style lama, pergi tampal atau edar Flyers tentang album mini anda. Flyers ni apa? Flyers ni kepingan kertas yang mengandungi informasi tentang sesuatu event tak kira gigs atau products. Sebarkan kat remaja remaja waktu mereka balik. Tebalkan muka dok tercegat depan pintu. Pastikan dalam flyers tu kena ada harga, kata mana boleh dapat dan talian yang boleh dihubungi.

3 comments:

  1. bro.. artikel-artikel bro best2.. tapi putih sangat.. huhu.. cube la letak gambar sekeping dua setiap kali post.. baru segar sket mata ni.. =)

    ReplyDelete
  2. To Kamal: Itu pasal cara flyers ni oldschoollaaa..

    to Haulid: saje je tak nak kasi berat page upload...

    ReplyDelete

Followers