Saturday, December 4, 2010

Nasyid Cafe: Nasyid DIY part 2.

Macam mana nak buat lagu sendiri? 

0- Gunakan formula basic ni, Verse-Chorus-2ndVerse-Chorus-Bridge-Chorus-End. Kalau dalam music RnB selalunya time bridge ni lah penyanyi dia nyanyi tarik tinggi tinggi atau nyanyi sampai menggigil gigil. Verse boleh la buat dalam lingkungan 30-40 seconds. Selalunya 8 bar.



1- Banyak cara orang guna untuk buat lagu. Pencipta lagu selalunya alat perakam suara kecil mesti ada dekat sebab dia tak tahu bila idea untuk melodi yang bernas boleh hadir. So bila dapat melodi best masa tengah berak pun dia boleh rakam dengan jayanya.

2- Ada setengah orang tulis lirik dulu baru dia nyanyikan lirik tu. Cuba korang tulis 5 - 6 rangkap puisi/pantun dan cuba melodikan lirik tu. nanti edit baliklah puisi tu untuk kesesuaian melodi korang. Asingkan yang mana melodi sesuai untuk dijadikan chorus. Chorus ni akan diulang ulang dalam sebuah lagu. Sebab tu chorus ni penting sebab chorus ni yang selalunya akan lekat dalam kepala pendengar.

3- Cara yang lain pula adalah dengan buat melodi dulu. Humm kan satu melodi dan rakam dalam alat perakam. Balik rumah dengar balik dan cuba bubuh lirik pada melodi tu. Kalau ada gitar lagi senang.

4- Selalunya macam komposer melodi yang tak tulis lirik sendiri, dia akan hantar pada lyricist, melodi aje. kalau korang nak beri melodi pada kengkawan untuk tulis lirik, pastikan jangan humm kosong. Sebutlah Na Na Na Na ke Da Da Di Di ke. Ini untuk membantu pencipta lirik buat lirik berdasarkan patah kata di di da da da tu.

5- Standard jangkamasa sesebuah lagu selalunya dari 4 ke 5 minit aje. jarang yang cecah sampai 7 atau 8 kecuali lagu lagu hindi. Untuk main dekat radio selalunya Radio suka lagu yang below 4 minutes. Kalau lebih selalu diorang cut. Sebab certain certain album ada juga lagu yang version *Radio Edit. Lagu korang jangan lama sangat nanti pendengar cepat bosan.

6- Sebelum tulis lirik jangan lupa letakkan lirik tu tentang apa iaitu topik. Ia membantu agar korang tak mengarut. verse pasal lain chorus pasal lain.

10 comments:

  1. salam alaikum..

    wah.. saudara ni mmg bijak memberi nasihat.. bagus2... mudah2an, ilmu y baik ni dpt di kembangkan kpd generasi pnasyid y baru.. dan juga dijadikan peringatan buat pnasyid lama...

    'sampaikanlah ilmu, walaupun sepotong ayat' kan2.. nnt pasni leh bkak skolah vokal plak.. siapa tahu?? rezeki di tangan ALLAH.. slmat mbaca semua bloggers...

    ReplyDelete
  2. To Halimah: sekadar tips tips buat kawan kawan yang hendak cuba keluar dengan produk sendiri tanpa bantuan syarikat rakaman.

    To Along Safa: Takde pun mantap Tuan, sekadar berkongsi apa yang pernah dipelajari dan dicuba.

    ReplyDelete
  3. Kamal: betul ni.. hehehe. Eh kau ada lagi rakaman lagu Alan dulu tu? Rakaman dia walau kita buat kat bilik je tapi kualiti dia agak mengkagumkan..

    ReplyDelete
  4. Mana ada dah bang... sayang tak simpan

    ReplyDelete
  5. sayang.. kalau ada boleh aku up kat sini... and tunjuk the quality of our work, walau buat kat bilik je.. Tapi hasilnya superb.

    ReplyDelete
  6. mana ada... pakai edobe audition lah... rekod kat PC kau... cuba check.. entah entah ada lagi.

    ReplyDelete
  7. A'ah... yang kaset tu Hizbi. PC aku dah long gone bro. Ooh well, guess we'd have to have a reunion and re-record. I'm still in close contact with Azmi & Toy. Any gigs, competition or shows coming up?

    ReplyDelete

Followers