1- Sebagaimana yang telah kami janjikan, disini kami paparkan temubual pertama untuk Nasyid Cafe. Artis yang menjadi pilihan kami pada kali ini adalah saudara Zaidi Rustam, tulang belakang dan peneraju utama kumpulan Nasyid Wildan. Temubual ini dibuat melalui paparan buku muka penulis utama kami dan Bro Zaidi beberapa hari yang lepas.
2- Sedikit mengenai kumpulan Wildan buat mereka yang baru pertama kali mengenali kumpulan ini, Wildan bukanlah sebuah kumpulan yang baru malah telah pun merakam dua buah album sebelum ini. Namun kumpulan ini lebih menonjol dengan album kedua mereka iaitu Setia yang diterbitkan pada tahun 2008. Apatah lagi apabila menyaksikan single mereka yang berjudul Setia Seorang Isteri merajai carta nasyid selama beberapa minggu dan terpilih untuk dinominasikan sebagai lagu terbaik di Anugerah Industri Nasyid baru baru ini. Kita ikuti perkembangan terbaru Wildan.
[Nasyid Cafe]: Boleh Abang Zaidi ceritakan perkembangan terbaru Wildan sekarang?
[Zaidi Wildan]: Buat masa ini tiada prkembangan baru dari Wildan melainkan meneruskan agenda yang sedia ada untuk sepanjang tahun. Walaubagaimanapun Wildan masih tetap ingin memberikan buah tangan yang terbaru yang pastinya lebih segar berbanding lagu-lagu sebelumnya.
[Nasyid Cafe]: bagaimana dengan sambutan album Setia? Persediaan untuk album baru?
[Zaidi Wildan]: Setakat ini, umum tahu bahawa jualan album adalah terlalu lembab dek kerana penguasaan teknologi di dalam industri muzik tanahair. Dan Wildan turut terkena tempiasnya walaupun pernah disenaraikan untuk kategori album nasyid terbaik di AIM-16 menerusi album Setia. Insya-Allah, persediaan untuk produk baru masih di dalam penelitiaan kerana mahu memberikan sisi Wildan yang agak brbeza dari yang sebelumnya.
[Nasyid Cafe]: Adakah Che Lie masih anggota Wildan? Atau sudah ada pengganti? Sekiranya Wildan merakam album baru adakah Chelie akan turut serta?
[Zaidi Wildan]: Cheli masih lagi anggota Wildan tetapi bukan lagi front liner untuk album. Front liner yang ada sekarang ini terdiri dari Shah, Aji, Hazar dn saya sndiri. Mungkin selepas ini, Shah pula akan lebih ditonjolkn kerana Hazar dan Cheli sudah diberikan ruang di dalam album Setia..Ini adalah strategi untuk memberikan warna pada Wildan itu sendiri.
[Nasyid Cafe]: Abang Zaidi juga terlibat dengan kumpulan Salaam. Bagaimana membahagi masa untuk Wildan dan Salaam?
[Nasyid Cafe]: Abang Zaidi juga terlibat dengan kumpulan Salaam. Bagaimana membahagi masa untuk Wildan dan Salaam?
[Zaidi Wildan]: Ya betul. Saya juga terlibat dengan kumpulan Salaam yang turut dianggotai oleh Muadz, Fadzli (Fareast) & Azwan (Fareast). Tujuan Salaam ditubuhkan adalah untuk pengisian nasyid world tour pada masa akan datang. Dan untuk projek awal Salaam, kami dalam proses menerbitkan album nasyid Tamil yang diberi judul "Ole Thedum- Mencari Cahaya". Oleh kerana berada di dua buah kumpulan yang mmpunyai sifat yang berbeza, maka saya perlu bijak memberikan perhatian kepada kedua-duanya. Saya bersyukur kerana baik Wildan mahupun Salaam; anggotanya terdiri mereka yang matang dan mampu berdikari dalam apa jua keadaan. Alhamdulillah.
[Nasyid Cafe]: Soalan terakhir, apa harapan Abang Zaidi kepada mereka yang membeli album Wildan?
[Nasyid Cafe]: Soalan terakhir, apa harapan Abang Zaidi kepada mereka yang membeli album Wildan?
[Zaidi Wildan]: Harapan saya kepada mereka yang membeli album Wildan agar dapat memahami falsafah yang cuba diterapkan di dalam album trsebut kerana album Wildan ini brsifat kronologi..Kasih Sayang & Cinta. Dan apa yang diluahkan menerusi lagu-lagu yang dirakamkan, sebahagiannya adalah kisah benar yang ingin dikongsikan bersama. Walau apapun, hasrat kami amat besar dalam industri ini; mengajak manusia tunduk kepada Allah dan seterusnya menyuburkan rasa kasih dan sayang kepada Tuhan dan sesama manusia. Mudah-mudahan bumi Allah ini disirami rahmat dan kasih sayang Nya kepada kita semua. Amin.
Waah... ur both a blogger and reporter... Impressive! Visit http://thenameiskamal.blogspot.com
ReplyDelete